Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kes penyebaran berita palsu dan berbaur hasutan meningkat hampir 3,000% dalam tempoh 4 tahun

Sebanyak 262 kertas siasatan berhubung kes melibatkan kesalahan menghasut, penyebaran berita palsu atau berunsur hasutan telah dibuka tahun ini setakat 1 Januari sehingga 13 Mei 2020.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, rekod berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tiga tahun sebelum ini iaitu 78 kes pada tahun 2019, 31 kes (2018) dan sembilan kes sepanjang tahun 2017.

Jelas beliau, kes yang melibatkan hasutan, penyebaran berita palsu atau berbaur menghasut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat terutama apabila ia melibatkan isu-isu sensitif.

Kebanyakan kertas siasatan yang dibuka melibatkan kes berkaitan kesalahan menghasut terhadap institusi diraja, kaum, agama dan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang dilindungi oleh Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan memandang serius  terhadap perkara ini, dan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi serta mengganggu-gugat kesejahteraaan awam.

Pihak berkuasa juga akan mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan segala peruntukan perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multmedia 1998 dan Akta Hasutan 1948.

Hamzah turut menasihatkan supaya orang ramai tidak terlibat dalam mengeluarkan atau menyebar berita palsu mahupun berunsur hasutan bagi menjamin keharmonian masyarakat.

Penyebaran berita palsu ini bukan perkara baharu tetapi, ia berkembang seiring teknologi, menerusi perkongsi berita secara dalam talian di pelbagai platform. Sebagai masyarakat kita perlu bijak menentukan kesahihan berita, tidak pasti jangan kongsi.

Sumber: FMT, KDN

BACA  Honor 9A tiba dengan bateri dan storan besar serta harga kecil