• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Donald Trump hadiahkan setahun lagi sekatan buat Huawei sempena ulangtahun pertama

  • OLEH Najib
  • 5:05 pm
  • 15/05/2020
  • Komen
Huawei dan Honor tetap teruskan acara walau MWC 2020 batal
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menambah lanjutan terhadap perintah sekatan yang melarang mana-mana perniagaan di AS dari bekerjasama atau membeli peralatan telekomunikasi dari syarikat yang dilihat memberi risiko keselamatan kepada negara. Lanjutan itu ditambah sehingga Mei 2021.

Laporan dari Reuters itu tidak menyatakan syarikat apakah yang diteruskan sekatannya, tetapi ia sebelum ini telah digunakan untuk menutup operasi syarikat China seperti Huawei dan ZTE. Syarikat China ini tidak lagi boleh menjual produk mereka kepada syarikat di AS, atau bekerjasama dengan syarikat di AS seperti Google dan ARM.



Setahun yang lalu, Donald Trump telah mengeluarkan arahan yang melarang mana-mana perniagaan di AS dari berurusniaga dengan Huawei, akibat risiko keselamatan negara. Walaupun begitu, sekatan penuh masih belum dikuatkuasakan. Huawei tidak boleh berurusan dengan Google untuk peranti baharu, tetapi mereka dibenarkan buat sementara untuk terus menyokong peranti lama dengan kemaskini perisian yang baharu.

Kebenaran sementara ini telah dilanjutkan beberapa kali dan terakhir, ia akan tamat pada 15 Mei. Buat masa ini, Huawei mahupun kerajaan AS masih tidak menyatakan sama ada kebenaran ini dilanjutkan lagi.



Walaupun disekat di AS, Huawei masih tidak berputus asa dan mencari jalan alternatif untuk menyokong produk baharu mereka. Peranti baru yang tidak menerima lesen Google, kini menggunakan penyelesaian Huawei sendiri. Dari semasa ke semasa, Huawei semakin berjaya melengkapkan alternatif untuk Google di dalam peranti mereka. Adakah ini kelebihan buat Huawei dan kerugian buat Google?

Sumber: The Verge

Tags: donald trumpHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei dan Honor tetap teruskan acara walau MWC 2020 batal

Donald Trump hadiahkan setahun lagi sekatan buat Huawei sempena ulangtahun pertama

15 May 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER