Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Amazfit Ares diperkenal di China tapi specs-nya sama seperti Amazfit Bip

Jika diperhatikan spesifikasi teknikal antara Amazfit Ares dengan Bip di laman rasmi mereka, anda akan dapati yang mereka adalah sebuah jam yang sama kecuali pada rupa fizikal. Baru saja diperkenalkan di China, Amazfit Ares adalah produk terbaru yang tampil dengan rupa paras yang lebih teguh berbanding Bip yang ada rupa seperti Apple Watch.

Amazfit Ares dilengkapi paparan berwarna sebesar 1.28” daripada panel jenis pemantul cahaya. Di model Bip, paparan akan jadi semakin cerah bila berada di bawah cahaya matahari, lebih baik daripada paparan LCD ataupun LED.

Polikarbonat adalah materi yang digunakan sebagai kelongsong jam tangan. Tali getah kelihatan perlukan sedikit proses untuk ditukar kerana ada skru dan bukannya klip seperti model Bip.

Mungkin perbezaan besar jam ini dengan model sebelumnya ialah pada firmware. Katanya, Amazfit memasukkan algoritma Firstbeat yang pertama seumpamanya dalam jam ini untuk menambah baik aktiviti senaman anda.

Sejumlah sensor yang hadir adalah seperti GPS, GLONASS, PPG, barometer, kompas, dan altimeter.

DIbekalkan bateri 200mAh, pengeluarnya mengatakan yang ia boleh berkhidmat selama 90 hari lamanya dalam mode masa ataupun selama 23 jam dalam mode menjejak secara terus menerus.

Amazfit Ares dijual pada harga RMB499 (RM305). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Oppo Reno 4 Pro & Reno 4: Maklumat penjualannya di Malaysia