• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boboiboy Movie 2 akan beraksi 7 minit lebih lama di Netflix bermula 1 Jun

  • OLEH Najib
  • 12:11 pm
  • 19/05/2020
  • Komen
Boboiboy Movie 2 akan beraksi 7 minit lebih lama di Netflix bermula 1 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda atau anak-anak anda peminat BoBoiBoy? Jika anda telah menonton filem animasi BoBoiBoy Movie 2 di pawagam sebelum ini, anda perlu menontonnya sekali lagi, kali ini di Netflix. Ini kerana tayangan BoBoiBoy Movie 2 di Netflix akan ada 7 minit babak tambahan yang tidak ditayangkan di pawagam!

Filem BoBoiBoy Movie 2 versi tambahan ini mempunyai masa tayangan yang lebih panjang iaitu 117 minit berbanding 110 minit di pawagam. Netflix, platform penstriman video telah beroleh hak penstriman ekslusif BoBoiBoy Movie 2 di rantau Asia Tenggara. Jadi pengguna Netflix di Malaysia dan Asia Tenggara, akan boleh menontonnya secara eksklusif.



Siaran BoBoiBoy Movie 2 di Netflix akan boleh ditonton bermula 1 Jun 2020, dengan audio di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sarikatanya pula boleh didapati dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam dan juga Bahasa Indonesia.

Menurut Raphael Phang, Pengurus Perolehan Kandungan Netflix Asia Tenggara, “Di Netflix, kami sentiasa percaya bahawa cerita yang hebat boleh dinikmati di mana-mana sahaja, dan oleh itu kami amat gembira dengan kerjasama kami bersama Monsta untuk membawakan BoBoiBoy Movie 2 kepada semua pelanggan kami di Asia Tenggara. Dengan jalan cerita hebat dan animasi yang berkualiti tinggi, kami berasa tidak sabar untuk melihat para pelanggan dan seisi keluarga mereka untuk mengikuti pengembaraan BoBoiBoy dan mengalami satu pengalaman yang menakjubkan. Ia adalah satu bentuk hiburan yang boleh dinikmati bersama-sama.”



“Sepanjang 11 tahun penubuhan Monsta, para peminat kami telah berkembang ke merata pelusuk dunia dengan sejumlah besar darinya adalah dari rantau Asia Tenggara,” kata CEO Monsta, Nizam Abd Razak. “Studio kami sentiasa berusaha agar kandungan animasi kami dapat diakses oleh semua penonton tanpa mengira batasan sempadan. Oleh itu, kerjasama bersama Netflix telah membuka peluang bagi Monsta untuk melebarkan sayapnya ke seluruh rantau ini, dan para penonton akan dapat menikmati BoBoiBoy Movie 2 di dalam keselesaan rumah masing-masing.”

BoBoiBoy Movie 2 mengisahkan tentang BoBoiBoy, seorang superhero elemental yang mengembara bersama rakan-rakannya untuk menewaskan musuh jahat bernama Retak’ka yang nekad untuk merampas kuasa-kuasa BoBoiBoy demi menakluk galaksi. BoBoiBoy Movie 2 adalah antara filem terlaris di Malaysia apabila mengutip sebanyak RM30 juta sepanjang tayangan di pawagam.

Netflix boleh dilanggan dari serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD. Jika anda belum pernah melanggan, anda boleh mencuba Netflix secara percuma selama 30 hari, tanpa sebarang syarat. Layari www.netflix.com untuk maklumat lanjut.

Tags: BoBoiBoyMonstaNetflix
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Boboiboy Movie 2 akan beraksi 7 minit lebih lama di Netflix bermula 1 Jun

Boboiboy Movie 2 akan beraksi 7 minit lebih lama di Netflix bermula 1 Jun

19 May 2020
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER