• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Semua kredit AirAsia dilanjutkan tempoh sah selama 2 tahun secara automatik

  • OLEH Najib
  • 1:12 pm
  • 19/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia sebelum ini telah menawarkan pelanggan dengan penerbangan semasa larangan penerbangan akibat COVID-19, kepada penggantian tarikh tanpa had serta kredit di dalam akaun AirAsia Big. Kredit di dalam akaun AirAsia Big boleh digunakan dalam tempoh setahun selepas kredit diterima, tetapi kini AirAsia melanjutkan lagi tempoh sah kredit itu kepada 730 hari atau 2 tahun.

Bagi memudahkan lagi urusan pelanggan, lanjutan temppoh sah kredit ini kepada 2 tahun dibuat secara automatik, tidak memerlukan pengguna untuk mengisi borang. Sebelum ini, AirAsia memaklumkan pelanggan perlu memohon sendiri lanjutan tempoh sah kredit kepada 2 tahun.



Jika anda masih ada penerbangan akan datang dan tidak berbuat apa lagi, anda perlu memohon untuk menukarnya kepada kredit AirAsia Big menerusi pembantu maya AVA. Anda perlu menyediakan kod rujukan tempahan dan nombor akaun BIG untuk memohonnya.

Jika anda menerima kredit tersebut pada bulan Mei 2020, maka kredit ini sah digunakan sehingga Mei 2022. Memandangkan AirAsia sering membuka tempahan penerbangan lebih awal sehingga setahun, ia mungkin boleh digunakan untuk perjalanan sehingga tahun 2023.



Walaupun tiada pengembalian wang tunai, perkara ini turut dilakukan oleh syarikat penerbangan lain seperti Malindo, Malaysia Airlines dan Firefly. Malah, tempoh sah kredit selama 2 tahun dari AirAsia ini dilihat paling panjang diberikan. Kebanyakan syarikat penerbangan lain hanya menyediakan baucer penerbangan atau kredit yang sah sehingga 31 Disember atau selama 1 tahun sahaja.

Cara menukar tempahan kepada kredit (kini sah selama 2 tahun)

Selain menukar kepada kredit, AirAsia turut menawarkan penumpangnya pilihan untuk pertukaran penerbangan tanpa had. Ia sah untuk laluan penerbangan yang sama bagi penerbangan sebelum 31 Oktober, tanpa sebarang kos tambahan tetapi tertakluk kepada kekosongan kerusi.

Cara menukar tarikh penerbangan tanpa had

Pilihan pertukaran tiket kepada kredit atau tarikh penerbangan ini, hanya boleh dilakukan untuk pelanggan yang menempah tiket menerusi saluran atas talian AirAsia sahaja. Bagi penumpang yang menempah tiket menerusi ejen pelancongan, perlu berhubung dengan ejen tersebut bagi urusan pertukaran.

AirAsia juga baru-baru ini telah mengumumkan lanjutan tempoh penggunaan pas tanpa had RM499, sehingga 30 Jun 2021.

Sumber: SoyaCincau

Tags: AirAsiaCOVID-19
Najib

Najib

POPULAR

Semua kredit AirAsia dilanjutkan tempoh sah selama 2 tahun secara automatik

19 May 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN