Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pas Tanpa Had AirAsia kini boleh digunakan sehingga 30 Jun 2021

Pada bulan Februari lepas, AirAsia telah memperkenalkan pas penerbangan tanpa had, AirAsia Unlimited Pass pada harga RM499 sahaja. Pemegang pas ini boleh terbang menggunakan penerbangan AirAsia X ke mana sahaja tanpa had, dalam masa setahun, sehingga 7 Mac 2020.

Hari ini, AirAsia mengumumkan bahawa tempoh penerbangan tanpa had untuk pemegang pas ini, dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Ini untuk memberikan pengguna lebih masa untuk bersiap sedia melancong semula apabila masa yang lebih baik tiba.

Akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, banyak syarikat penerbangan tidak lagi boleh menyediakan perkhidmatan penerbangan, sekaligus membuatkan orang ramai tidak lagi boleh terbang dan menggunakan pas ini dalam waktu sekatan pergerakan. Oleh itu, AirAsia memberi peluang kepada pemegang pas untuk menggunakannnya dalam tempoh setahun yang sebenar, di luar waktu sekatan pergerakan.

Jika anda tidak memiliki AirAsia Unlimited Pass sekarang, maka anda tidak boleh membelinya lagi. Pas ini dijual pada waktu terhad, antara 29 Februari sehingga 7 Mac yang lepas. Hanya mereka yang sempat mengambil peluang pada waktu tersebut, dapat memiliki AirAsia Unlimited Pass.

Kepada yang sempat membeli pas ini, anda boleh membaca terma dan syarat, serta soalan lazim (FAQ) untuk menggunakan pas tersebut di sini.

Sumber: AirAsia

BACA  AirAsia jemput umat Islam di Malaysia laksanakan qurban di serata dunia bersama Ikhlas