Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

LG Velvet, telefon 5G dengan trikamera raindrop dan pemproses Snapdragon 765

LG mengumumkan pelancaran telefon baharunya, LG Velvet yang akan mula memasuki pasaran Korea Selatan pada Mei 2020 sebelum menjengah ke Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Asia.

Berdasarkan kenyataan, LG Velvet merupakan telefon yang mengetengahkan rekaan yang minimum dan ringkas seperti titisan air hujan (raindrop) di bahagian belakang. Ia juga merupakan peranti yang menyokong rangkaian 5G.

Di atas papan utama, telefon ini digerakkan oleh cipset terbaharu Qualcomm, Snapdragon 765. Ia di gandingkan dengan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Kapasiti storan juga boleh ditambah sehingga 2TB dengan kad memori microSD.

Kuasanya dijana oleh kapasiti bateri sebesar 4,300mAh yang boleh dicas pantas dengan sistem pengecasan Qualcomm Quick Charge 4+. Ia kalis air dan debu pada tahap IP68, selain tahan lasak dengan piawaian ujian ketahanan, MIL-STD 810G Compliance.

LG Velvet menggunakan skrin P-OLED seluas 6.8-inch FHD+ dengan resolusi 2,460 x 1,080. Ia mempunayi takuk berbentuk U yang menempatkan kamera hadapan dengan sensor 16MP untuk swafoto. Ia juga menampilkan ukuran bezel yang nipis terutama di bahagian sisi.

Di bahagian pengimejan pula, ia didatangkan dengan trikamera belakang yang disusun menegak dalam rekaan raindrop. Kamera utamanya dilengkapi sensor 48MP. Dua lagi kameranya mempunyai sensor 8MP untuk ultra-lebar dan 5MP untuk kedalaman.

Telefon ini menampilkan empat pilihan warna iaitu Illusion Sunset, Aurora White, Aurora Gray and Aurora Green. Pilihan warna juga difahamkan berbeza mengikut pasaran.

LG tidak menyatakan sebarang maklumat berhubung harga, namun berdasarkan maklumat dari portal Android Headlines, peranti ini di tawarkan pada tanda harga KRW 899,800 (RM 3184) di Korea Selatan.

Selain merupakan telefon 5G, LG Velvet adalah kemuculan semula jenama itu dengan telefon pintar selepas model G8 tahun lalu. Sebagai telefon bukan flagship, dan harga yang khabarnya melebihi RM 3000 di Korea Selatan, telefon ini agak mahal walaupun dengan spesifikasi yang ditawarkan. Kita nantikan sahaja adakah harganya berada pada tanda harga sama atau sebaliknya.

BACA  Anda boleh pandu uji Oppo Find X2 Pro selama lebih 2 minggu sebelum belinya melalui kempen ini