• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MIUI 12 Diumum Dengan Kemas Kini Paling Canggih Daripada Xiaomi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:27 pm
  • 20/05/2020
  • Komen
MIUI 12 Diumum Dengan Kemas Kini Paling Canggih Daripada Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi menerusi pembentangan dalam talian pada 19 Mei 2020 telah mengumumkan versi baharu kepada sistem operasi telefon pintarnya iaitu MIUI 12. Diujar berikan pengalaman penggunaan yang “lifelike” ada beberapa penambahbaikkan dilakukan pembangun OS ini khususnya pada antara muka UI.

Multitasking

Penggunaan tetingkap terapung yang boleh diubah keluasannya untuk bantu multitasking. Ia basmi keperluan pengguna menukar tetingkap melalui butang recent app. Contohnya, apabila mesej diterima semasa bermain, ia boleh dibalas terus melalui tentingkap terapung tanpa perlu minimize-kan permainan.



Casting

Fungsi screen cast telah ditambah baik berbanding sebelumnya. Kini, paparan telefon boleh dimatikan tapi fungsi casting kekal berfungsi bagi menjimatkan bateri. Lebih banyak kandungan boleh di-cast seperti dokumen, APP, video, dan permainan.

Ultra Battery Saver

Di MIUI 11, ia Cuma ada fungsi Battery Saver biasa. Padanya aktiviti sistem APP dihadkan, APP di bahagian latar dibekukan, cache dibersihkan sejurus telefon di-lock.



Fungsi penjimatan bateri ultra ini bawakan kawal seliaan bateri yang lebih ketat. Menurut mereka, 5% boleh berikan hayat bateri sehingga 5 jam lamanya jika diaktifkan.

Dark Mode

Fungsi ini sudah ada sejak MIUI 11. Tak diketahui perubahan apa yang dibawakan pada MIUI 12 untuk fungsi ini.

APP Drawer

Xiaomi membawakan fungsi APP Draw yang dipinjam daripada Poco Launcher. Jadi, skrin perumah anda tak lagi bersepah.

Privasi

MIUI mengumumkan kawalan privasi yang lebih ketat pada MIUI 12. Contohnya, ada fungsi untuk tetapkan APP hanya boleh gunakan sensor seperti mikrofon, kamera, dan sebagainya sewaktu APP sedang berjalan dipaparan, bukannya di latar. Ada juga ciri membuang metadata gambar sebelum dikongsikan di aplikasi permesejan dan platform medsos.

Lain-lain

Xiaomi juga mengumumkan penggunaan Mi Render Engine untuk berikan pengalaman animasi UI yang lebih lancar. Katanya, kesan fizik semasa buka dan tutup folder, nyahpasang APP, dan sebagainya jadi lebih menarik untuk dipandang.

Bila MIUI 12 akan diedarkan?

Kemas kini sistem operasi ini diedarkan secara berperingkat bermula Jun 2020 untuk 5 model berikut:

  1. Mi 9
  2. Mi 9T
  3. Mi 9T Pro
  4. Redmi K20
  5. Redmi K20 Pro

Selebinya akan menerima kemas kini pada waktu yang tidak dinyatakan.

  1. Redmi Note 7
  2. Redmi Note 7 Pro
  3. Redmi Note 8 Pro
  4. Redmi Note 9
  5. POCOPHONE F1
  6. POCO F1
  7. Mi 10 Pro
  8. Mi 10
  9. POCO F2 Pro
  10. POCO X2
  11. Mi 10 Lite
  12. Mi Note 10
  13. Mi 8
  14. Mi 8 Pro
  15. Mi MIX 3
  16. Mi MIX 2S
  17. Mi 9 SE
  18. Mi 9 Lite
  19. Redmi Note 7S
  20. Mi Note 3
  21. Mi MIX 2
  22. Mi MAX 3
  23. Mi 8 Lite
  24. Redmi Y2
  25. Redmi S2
  26. Redmi Note 5
  27. Redmi Note 5 Pro
  28. Redmi 6A
  29. Redmi 6
  30. Redmi 6 Pro
  31. Redmi Note 6 Pro
  32. Redmi Y3/ Redmi 7
  33. Redmi 7A
  34. Redmi Note 8
  35. Redmi Note 8T
  36. Redmi 8/ Redmi 8A
  37. Redmi 8A Dual
  38. Redmi Note 9s
  39. Redmi Note 9 Pro
  40. Redmi Note 9 Pro Max
  41. Mi Note 10 Lite

Sumber: Xiaomi

Tags: miuimiui 12xiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
MIUI 12 Diumum Dengan Kemas Kini Paling Canggih Daripada Xiaomi

MIUI 12 Diumum Dengan Kemas Kini Paling Canggih Daripada Xiaomi

20 May 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER