• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Perjalanan antara Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dibenarkan

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 20/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjalan dari sekarang hingga 9 Jun, orang ramai diberi lebih kebebasan untuk bergerak. Antaranya banyak syarikat dan perniagaan telah dibenarkan beroperasi semula, malah pengangkutan awam juga telah berjalan seperti biasa. Tetapi semua ini perlu mematuhi SOP ketat seperti pemakaian topeng muka di khalayak ramai dan penjarakan sosial.

Satu lagi kebenaran adalah pergerakan di dalam negeri. Semasa PKP, orang ramai tidak dibenarkan bergerak melebihi 10km dari rumah mereka untuk tujuan penting sahaja, waktu PKPB ini kebenaran ini dilonggarkan. Orang ramai sudah boleh bergerak di dalam negeri, tetapi keluar merentas negeri tidak dibenarkan.



Perkara ini membuatkan orang ramai keliru, terutama sekali berkaitan Kuala Lumpur. Adakah pergerakan antara Kuala Lumpur dan Selangor dikira merentas negeri? Bagaimana pula dengan pergerakan antara Putrajaya dan Selangor?

Bagi menjelaskan perkara ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengesahkan bawaha pergerakan antara Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikira merentas daerah, bermakna ia dibenarkan sepanjang PKPB kerana tidak dikira merentas negeri. Walaupun secara teknikal, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya adalah negeri yang berbeza, ia dikategorikan bersama di bawah Lembah Klang.



Walaupun dengan kelonggaran yang diberikan dan berbagai amaran dikeluarkan, masih ramai yang cuba untuk merentas negeri dan pulang ke kampung. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan ribuan kenderaan untuk berpatah balik kerana tiada kebenaran merentas negeri. Mereka yang didapati bersalah, boleh didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998. Jika ada alasan penting, kebenaran merentas negeri boleh dipohon di balai polis berhampiran.

Buat masa ini, kebenaran rentas daerah ini hanya dibenarkan di Malaysia Barat tanpa had jarak. Hanya 4 orang sahaja dibenarkan berada di dalam kenderaan yang sama.

Semasa Hari Raya kelak, ziarah rumah ke rumah dibenarkan dengan had maksima 20 orang dalam satu masa, tetapi ia untuk ahli keluarga terdekat sahaja. Tetapi ambil maklum keluasan rumah juga untuk mengehadkan berapa ramai boleh berada di dalam rumah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan terutamanya ketika hari perayaan dan jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman yang terbabit.#StayHomeStaySafe pic.twitter.com/fIXumJR4s6

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) May 19, 2020

PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turut membuat rondaan semasa Hari Raya. Jika ada rumah yang kelihatan mencurigakan seperti banyak kereta di luar rumah, pihak berkuasa akan membuat semakan terhadap rumah tersebut, jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri.

Tags: COVID-19Hari RayaPerintah Kawalan PergerakanPKPB
Najib

Najib

POPULAR

PKPB: Perjalanan antara Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dibenarkan

20 May 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN