Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKPB: Melawat kubur sebelum dan selepas solat Aidilfitri tidak dibenarkan

Menziarahi kubur sanak saudara selepas solat sunat Aidilfitri adalah satu kebiasaan yang dibuat umat Islam di Malaysia. Tetapi tahun ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sebarang aktiviti menziarahi Makam Diraja atau tanah perkuburan Islam pada perayaan Aidilfitri ini.

“Sebarang aktiviti menziarahi Makam Diraja atau tanah perkuburan Islam sepanjang Aidilfitri khususnya sebelum dan selepas solat sunat Aidilfitri adalah tidak dibenarkan. Mereka yang berhasrat untuk menziarahi kubur arwah (ahli keluarga) dalam tempoh ini boleh digantikan dengan amalan bacaan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing,” kata Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad.

Beliau berkata, pengurus atau pihak yang menguruskan Makam Diraja dan tanah perkuburan Islam di Selangor juga hendaklah membantu JAIS dalam memastikan ketetapan ini dipatuhi oleh semua pihak.

“Larangan itu khusus untuk sebelum dan selepas solat sunat Aidilfitri susulan bimbang akan ada pertembungan di tanah perkuburan. Tempoh masa kuatkuasa bagi ketetapan ini tertakluk kepada siaran yang akan dikeluarkan JAIS kemudian,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun

Selain Selangor, Negeri Sembilan turut mengeluarkan arahan yang sama. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya tidak mahu ada sebarang himpunan di tanah perkuburan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Kalau boleh janganlah berkunjung ke tanah perkuburan pada Hari Raya ini, tunggulah lepas habis PKPB dan keadaan sudah pulih barulah pergi ke kubur. Tidak semestinya kita perlu ke kubur, cukup sekadar berdoa dalam sembahyang kepada insan-insan yang telah meninggal dunia. Berdoa sahaja sudah memadai, tidak wajib sehingga berkunjung ke kubur, cukup sekadar memberi doa dari rumah.

“Kalau ikut sunnah Rasulullah, baginda menziarah ke kubur selepas solat Isyak, kalau ada yang mahu pergi juga, datanglah lepas Isyak kerana itu adalah sebaiknya mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, bukan selepas solat Aidilfitri,” katanya.

BACA  BPN: Gagal rayuan kali pertama, boleh kemukakan rayuan kedua sehingga 31 Mei

Memandangkan peregerakan pulang ke kampung untuk beraya tidak lagi dibenarkan, ziarah ke kubur selepas solat sunat Aidilfitri pasti berkurangan juga. Tetapi masih ada yang akan cuba melanggar arahan ini, jadi kita mesti sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. Untuk memastikan kita menang melawan COVID-19.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian