• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZV-1, percubaan kali ke-N Sony untuk cari kamera vlog sempurna

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:24 pm
  • 21/05/2020
  • Komen
ZV-1, percubaan kali ke-N Sony untuk cari kamera vlog sempurna
Share on FacebookShare on Twitter

Nampak gayanya Sony masih belum jumpa formula kamera vlogging yang sempurna. Sungguhpun sudah ada siri RX100, RX0, dan FDR-X3000R, mereka dilapor akan mengumumkan satu siri kamera baru yang juga tujukan kepada vlogger. Sony ZV-1 dijadualkan dilancarkan pada 26 Mei 2020. Namun, gambar produk tersebut sudahpun dikongsikan di Internet oleh pihak ketiga.

RX0
RX100
FDR-3000

Daripada sudut fizikaliti, ia kekalkan DNA siri RX100 iaitu kamera point-and-shoot kompak dengan lensa telefoto. Bezanya adalah ia ada hotshoe untuk letakkan aksesori tambahan serta butang REC-nya lebih besar daripada biasa.



Selain butang yang besar, ciri-ciri sesuai untuk ber-vlog yang lain adalah seperti paparan boleh kilas ke sisi badan serta kehadiran jek audio 3.5mm untuk mikrofon.

Sony ZV-1

Jarak fokalnya dilaporkan antara 24-70mm F1.8-2.8 beserta ND filter terbina. Specs ini kalau anda masih ingat adalah daripada model RX100 Mark V.



Di bahagian papan utama, ia ada sensor 1” 20MP yang dipercayai komponen yang sama diguna pada RX100 Mark VII. Cip pemprosesnya hampir pasti daripada jenis Bionz X kerana itulah yang terhebat setakat ini.

Bahagian firmware juga khabarnya ada sedikit perubahan bagi menyesuaikan dengan kegunaan vlog. Contohnya, ada fungsi simulasi bokeh untuk video yang lebih sinematik. Filter beautification juga katanya ada, fungsi yang terkenal dalam telefon pintar.

Tiada maklumat harga ada setakat ini. Untuk perbandingan, RX100 Mark VII dijual pada harga USD1,200 (RM4,944)

Sumber: Sony Alpha Rumors, @nikishita_C

Tags: Sonysony zv-1vlog
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
ZV-1, percubaan kali ke-N Sony untuk cari kamera vlog sempurna

ZV-1, percubaan kali ke-N Sony untuk cari kamera vlog sempurna

21 May 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN