Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

25 dari 5,000 guru dipilih penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Seramai 25 pendidik dari seluruh negara telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi anjuran McDonald’s. Mereka diiktiraf atas dedikasi mereka dalam mendidik dengan dengan cara yang kreatif dan memberi impak positif terhadap perkembangan pelajar.

Menurut Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, tahun ini pihaknya telah menerima 5,000 pencalonan dari seluruh negara yang mempunyai kisah hebat tersendiri dalam usaha mereka mendidik anak bangsa.

Pencalonan ini telah dihantar oleh anak-anak murid yang telah menghantar penyertaan buat guru mereka pihak McDonald’s. Semua penyertaan telah dinilai dengan teliti sebelum disenarai pendek kepada 25 penerima yang layak.

Berikut merupakan antara penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s (Klik pada nama untuk membaca kisah inspirasi mereka):

Semua 25 penerima anugerah akan menerima wang tunai berjumlah RM 5,000, trofi dan sijil penghargaan. Bersempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, semua calon juga akan menerima baucar McDonald’s berjumlah RM 200, yang diberikan sebagai token penghargaan.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s mula dianjurkan pada tahun 2017 dan telah memberi anugerah kepada 87 guru dari seleuruh negara. Mereka telah dipilih daripada 16,000 pencalonan yang telah diterima sepanjang penganjuran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membaca kisah-kisah hebat penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, orang ramai boleh ke laman web ini.

BACA  Polis tumpaskan sindiket Macau Scam yang menipu warga emas sebanyak RM3.83 juta