• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Semua yang pulang dari luar negara perlu membayar penginapan kuarantin 14 hari

  • OLEH Najib
  • 10:36 am
  • 22/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa mereka yang dikuarantin, bakal dikenakan caj kuarantin hotel bermula tempoh tersebut.

Sebelum ini kerajaan menyatakan hanya membayar RM150/hari untuk kuarantin individu yang datang dari luar negara. Ini membawakan jumlah keseluruhan 14 hari kepada RM2,100 seorang.



MKN PUTUSKAN KENAKAN CAJ 50% KEPADA SEMUA INDIVIDU DIKUARANTIN DI HOTEL BERMULA 1 JUN 2020@MINDEFMalaysia @KKMPutrajaya @SKMM_MCMC @jpmgov_ @JPenerangan pic.twitter.com/DYSweDlyG2

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) May 20, 2020

Caj kuarantin hotel ini akan dikenakan kepada semua, termasuk warganegara dan bukan warganegara. Bagaimanapun, warganegara akan dikenakan caj 50% sahaja manakala bukan warganegara, perlu membayar penuh caj 100%.

Bagaimanapun, golongan orang kurang upaya (OKU) tidak akan dikenakan sebarang caj seperti sebelumnya.



KERAJAAN MEMUTUSKAN TIADA CAJ KUARANTIN UNTUK GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)@KKMPutrajaya @jpmgov_ @JPenerangan @JKMHQ @MINDEFMalaysia @MyMOTAC@IsmailSabri60 pic.twitter.com/K6ng37nJlC

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) May 21, 2020

Sehubungan itu, semua individu yang mahu masuk ke Malaysia wajib menandatangani Surat Setuju Pembayaran. Surat Setuju Pembayaran 50% bagi warganegara Malaysia dan 100% bagi bukan warganegara boleh dibuat melalui pejabat Kedutaan Malaysia yang terdekat.

“Pejabat Kedutaan Malaysia juga akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk pulang ke Malaysia. Manakala Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan Surat Kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang.” tambah Ismail Sabri.

“Seperti saya sudah sebutkan dahulu, ramai dalam kalangan bukan warganegara Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, yang dikuarantin iaitu pemegang pas permastautin tetap enggan membayar apabila mereka ingin keluar. Sebab itu kita mahu mereka tanda tangan dahulu surat Akur Janji bayar sebelum mereka pulang ke tanah air,” jelasnya lagi.

Beliau turut berkongsi bahawa seramai 38,371 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020. Sehingga 20 Mei, seramai 30,200 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

Sumber: Astro Awani

Tags: COVID-19Ismail Sabri
Najib

Najib

POPULAR

COVID-19: Semua yang pulang dari luar negara perlu membayar penginapan kuarantin 14 hari

22 May 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN