Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Semua yang pulang dari luar negara perlu membayar penginapan kuarantin 14 hari

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa mereka yang dikuarantin, bakal dikenakan caj kuarantin hotel bermula tempoh tersebut.

Sebelum ini kerajaan menyatakan hanya membayar RM150/hari untuk kuarantin individu yang datang dari luar negara. Ini membawakan jumlah keseluruhan 14 hari kepada RM2,100 seorang.

Caj kuarantin hotel ini akan dikenakan kepada semua, termasuk warganegara dan bukan warganegara. Bagaimanapun, warganegara akan dikenakan caj 50% sahaja manakala bukan warganegara, perlu membayar penuh caj 100%.

Bagaimanapun, golongan orang kurang upaya (OKU) tidak akan dikenakan sebarang caj seperti sebelumnya.

Sehubungan itu, semua individu yang mahu masuk ke Malaysia wajib menandatangani Surat Setuju Pembayaran. Surat Setuju Pembayaran 50% bagi warganegara Malaysia dan 100% bagi bukan warganegara boleh dibuat melalui pejabat Kedutaan Malaysia yang terdekat.

“Pejabat Kedutaan Malaysia juga akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk pulang ke Malaysia. Manakala Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan Surat Kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang.” tambah Ismail Sabri.

“Seperti saya sudah sebutkan dahulu, ramai dalam kalangan bukan warganegara Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, yang dikuarantin iaitu pemegang pas permastautin tetap enggan membayar apabila mereka ingin keluar. Sebab itu kita mahu mereka tanda tangan dahulu surat Akur Janji bayar sebelum mereka pulang ke tanah air,” jelasnya lagi.

BACA  Pengesan suhu infra merah terima radiasi dari manusia dan tidak akibatkan barah

Beliau turut berkongsi bahawa seramai 38,371 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020. Sehingga 20 Mei, seramai 30,200 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

Sumber: Astro Awani