Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

ISOCELL GN1, sensor Samsung pertama yang gabungkan Tetracell dan Dual Pixel dalam satu pakej

Kamera telefon bermegapiksel tinggi adalah satu kebiasaany masa ini. Dimulakan dengan Huawei yang masukkan sensor 40MP dalam siri P mereka kemudian diikuti dengan IMX586 48MP yang jadi ruji dalam kebanyakkan telefon pintar 2019-2020. Memecahkan tembok 50MP adalah Samsung ISOCELL GW1 dan Sony IMX686 dengan 64MP yang kemudiannya dipecahkan lagi rekodnya dengan ISOCELL Bright HMX 108MP.

Masih lagi memegang takhta pengeluar sensor kamera kenit yang ada megapiksel paling tinggi, Samsung mengumumkan ISOCELL GN1, sensor 50MP yang ditambah baik pada kecekapan membidik fokus. Menurut mereka, ini adalah produk pertama mereka yang menggabungkan teknologi tetracell dan dual pixel autofocus dalam satu pakej.Hal ini bermakna, kamera yang mengguna pakai sensor ini beroleh manfaat keupayaan dalam gelap yang baik serta fungsi pembidik fokus yang jitu, pada satu cip.

ISOCELL GN1 adalah sebuah sensor yang agak besar untuk sebuah telefon pintar. Ia berada dalam kategori 1/1.3” dengan saiz piksel 2.4mikron setiap satu. Menggunakan pemprosesan AI, ia juga dikatakan mampu mengambil gambar 100MP menggunakan teknik upscaling.

Samsung dikatakan meletakkan ISOCELL GN1 untuk bersaing dengan sensor IMX700 yang digunakan sekarang pada Huawei P40 Pro. Mereka berdua miliki bilangan piksel 50MP yang sama tapi IMX700 miliki saiz sensor yang sedikit kecil (1/1.28”) dan menggunakan lapisan RYYB sebagai penuras warna berbanding Quad Bayer RGB pada ISOCELL GN1.

Huawei P40 Pro gunakan sensor IMX700

Setakat ini, hanya Vivo saja yang mengumumkan menggunakan sensor ini pada produk terbaharu mereka iaitu Vivo X50 Pro. Berkemungkinan besar sensor ini akan digunakan pada Samsung Galaxu Note 20 sebagai kamera sekunder kepada sensor 108MP yang sedia digunakan pada Galaxy S20 Ultra.

BACA  PKPB: 174 rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi bermula 10 Jun

Sumber: Samsung