• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo tawarkan diskaun 40% untuk membeli makanan di FoodPanda

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:37 pm
  • 22/05/2020
  • Komen
Vivo tawarkan diskaun 40% untuk membeli makanan di FoodPanda
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehinga 9 Jun 2020, Vivo dan FoodPanda menjalin kerjasama dengan menawarkan diskaun 40% untuk tempahan pertama di aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan itu.

Untuk mendapatkannya, gunakan kod promosi “PANDAV19” sebelum melakukan pembayaran di aplikasi FoodPanda. Pengguna Vivo boleh menikmati diskaun ini bermula 20 Mei hingga 30 Jun 2020.



Menurut kenyataan Vivo, kerjasama ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan orang ramai supaya kekal berada di rumah terutama dalam tempoh PKPB dan pada masa sama, mengalakkan mereka untuk mendapatkan aneka pilihan makanan dengan cara selamat menerusi pembelian dalam talian.

Promosi ini sah kepada pengguna baru aplikasi FoodPanda dengan pembelian minimum RM 20 pada tempahan pertama. Kadar Maksimun diskaun yang diberikan adalah RM 10.



Orang ramai boleh ke laman Facebook Vivo untuk membaca terma dan syarat berhubung promosi tersebut. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila ke laman web Food panda atau Vivo.

Terdahulu, Vivo telah melancarkan telefon baharunya, Vivo V19, di Malaysia pada 23 April 2020. Ia ditawarkan dengan harga RM 1,699. Peranti ini boleh didapati secara dalam talian di stor rasmi Lazada dan Shopee, kedai fizikal Vivo serta wakil pengedar sah seluruh negara.

Siapa yang belum pernah buat tempahan atau baru guna aplikasi FoodPanda, bolehlah cuba guna promo ini. Walaupun 40% maksimum diskaun RM 10, tetap boleh jimat juga.

Tags: FoodPandaPKPBvivo
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo tawarkan diskaun 40% untuk membeli makanan di FoodPanda

Vivo tawarkan diskaun 40% untuk membeli makanan di FoodPanda

22 May 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN