• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Kerajaan akan teruskan PKP Bersyarat sehingga 9 Jun 2020

  • OLEH Najib
  • 2:39 pm
  • 10/05/2020
  • Komen
PKPB: Kerajaan akan teruskan PKP Bersyarat sehingga 9 Jun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dimulakan pada 4 Mei dilihat lancar dan teratur. Ia adalah ucapan pertama di dalam perutusan khas Perdana Menteri hari ini.

Tetapi atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), PKPB akan dilanjutkan 4 minggu lagi sehingga 9 Jun 2020. Inilah perkara penting yang diumumkan Perdana Menteri hari ini.



Bermakna orang ramai boleh terus bekerja tetapi harus mematuhi peraturan yang ketat. Penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan perlu diambil berat sepanjang masa.

Pergerakan Rentas Negeri Dilarang

Pergerakan merentas negeri masih dilarang. Bermakna balik kampung untuk sambutan Hari Raya tidak dibenarkan. Tetapi ziarah menziarahi jiran dan keluarga dalam negeri yang sama, dengan had 20 orang berkumpul pada satu masa adalah dibenarkan.



Solat Jemaah masih belum boleh

Berkenaan solat berjemaah di masjid termasuk solat jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti dan mengkaji cara yang sesuai. Selepas mendapat perkenan dari YDP Agong, kerajaan akan mengumumkan caranya.

Zon hijau semakin bertambah dan hingga hari ini, hanya tinggal 4 zon merah dengan kes positif meleibihi 40 orang. Ini boleh memberi petunjuk bahawa banyak kawasan boleh menikmati pergerakan dengan kurang sekatan.

Pergerakan Rentas Negeri Untuk Pasangan Berjauhan Dibenarkan

Kerajaan juga akan membenarkan pergerakan rentas negeri untuk pasangan yang tinggal berjauhan. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau di balai polis berhampiran.

Permohonan Rayuan BPN Boleh Dirayu Semula di LHDN

Bagi permohonan BPN yang ditolak atas sebab yang tidak dikemaskini, orang ramai boleh membuat rayuan semula sehingga 31 Mei. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga akan dibuka untuk orang ramai datang membuat rayuan.

Tempoh 4 minggu PKPB ini adalah tempoh yang penting untuk semua terus menjaga diri dan sekeliling. Jika kes positif COVID-19 meningkat semula, PKP Diperketat (PKPD) akan diperknalkan di kawasan tersebut dan PKPB mungkin akan dilanjutkan.

Orang ramai kena terus menjaga penjarakan sosial di luar, menjaga kebersihan diri di rumah dan bersama-sama berkongsi berita yang tepat dan benar sahaja. Kita boleh memenangi peperangan ini.

Tags: COVID-19muhyiddin yassinPerintah Kawalan PergerakanPKPB
Najib

Najib

POPULAR

PKPB: Kerajaan akan teruskan PKP Bersyarat sehingga 9 Jun 2020

PKPB: Kerajaan akan teruskan PKP Bersyarat sehingga 9 Jun 2020

10 May 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER