Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengecas 65W ini ada 4-port dan sangat kecil, dapat diskaun sehingga 50% untuk waktu terhad

Semakin banyak gajet dibeli bermakna semakin banyak pengecas perlu dimiliki. Walaupun kebanyak gajet kini mula tertumpu kepada satu jenis pengecasan iaitu USB, tetapi setiap satu gajet masih perlu menggunakan satu kepala pengecas.

Bagaimana jika anda memiliki laptop, telefon pintar, tablet, konsol permainan dan hanya ada satu palam kuasa dinding? Sudah tentu soket pelbagai perlu digunakan, tetapi adakah ia boleh memuatkan semua kepala pengecas kerana biasanya, kepala pengecas laptop mengambil ruang yang besar.

Contohnya, pengecas USB-C Apple berkuasa 61W ini berharga RM269 dan boleh menguasakan sehingga laptop Macbook Pro 13-inci yang terbaru. Tetapi ia hanya ada satu port USB-C dan saiznya sangat besar.

Penyelesaiannya ialah pengecas GaN

Masalah kepala pengecas besar ini boleh diselesaikan menggunakan teknologi Gallium Nitride atau GaN. Ia adalah sejenis semikonduktor yang lebih baik dari silikon, di mana GaN memerlukan komponen yang sedikit dan boleh mengalirkan voltan lebih tinggi. Ini juga menjadikannya lebih efisyen dan kurang panas.

Dengan teknologi GaN ini, Ugreen sebagai salah satu pengeluar aksesori elektronik yang terkenal, telah menghasilkan pengecas GaN yang bukan sahaja kecil dan murah, tetapi memuatkan sehingga 4 port USB padanya. Ini boleh menjimatkan ruang mengecas dan juga menyimpan.

Diskaun 50% di kempen dana Indiegogo

Bagi menarik lebih banyak minat di samping menjualnya pada harga diskaun, Ugreen kini menjalankan kempen pendanaan pengecas GaN mereka di Indiegogo. Ia ditawarkan dari serendah RM83 dengan pilihan kepala pengecas 2-pin US, 2-pin EU atau 3-pin UK (digunakan di Malaysia).

Ugreen membandingkan pengecas GaN 65W mereka dengan kepala pengecas Apple 61W. Pengecas GaN Ugreen memberi kuasa sehingga 65W dalam saiz yang jauh lebih kecil. Malah, pengecas GaN Ugreen menyokong pelbagai teknologi pengecasan pantas seperti Power Direct (PD), QuickCharge (QC), Fast Charge Protocol (FCP) dan banyak lagi.

BACA  iOS 14 kantoikan perbuatan keji TikTok mengutip maklumat di telefon anda

Terdapat 2 jenis pengecas GaN Ugreen yang ditawarkan di Indiegogo. Pertama ialah pengecas GaN dengan 1 port USB-C. Kedua ialah pengecas GaN dengan 3 port USB-C dan 1 port USB-A. Port USB-C pada pengecas kedua ini memiliki kuasa bergabung sehingga 65W manakala di port USB-A, sehingga 22.5W.

Tarikan utama sudah pasti pada pengecas kedua yang ada 3 port USB-C dan 1 port USB-A. Dengan saiz yang sangat kecil, ia boleh menyokong pengecasan serentak sehingga 4 peranti. Memandangkan ia menyokong sehingga 65W untuk mengecas semua peranti, mengecas laptop tidak digalakkan serentak kerana ia mengurangkan kemampuan mengecas laptop akibat berkongsi kuasa.

Tetapi mengecas peranti lain, ia akan membahagikan kuasa secara optimum. Contohnya iPhone menyokong pengecasan 15W, iPad pula 25W dan Nintendo Switch 25W, menjadikan kuasa yang digunakan berjumlah 65W. Ia adalah jumlah kuasa yang boleh dihasilkan oleh pengecas GaN Ugreen ini.

Kempen pendanaan pengecas GaN Ugreen 65W di Indiegogo ini berlangsung sehingga 15 Jun 2020 atau sehingga jumlah pendanaan mencapai had yang ditetapkan. Jika anda berminat untuk memilikinya, sekarang adalah masa terbaik kerana anda boleh mendapatkannya dengan diskaun sehingga 50%.

Tawaran yang disenaraikan oleh Ugreen adalah seperti berikut:

  1. Pengecas GaN 65W 1x USB-C : RM83 (diskaun 51% Early Bird)
  2. Pengecas GaN 65W 1x USB-C : RM118 (diskaun 30%)
  3. Pengecas GaN 65W 3x USB-C + 1x USB-A : RM161 (diskaun 31%)
  4. Kombo 2x Pengecas GaN 65W, 1x USB-C : RM170 (diskaun 50%)
  5. Kombo 2x Pengecas GaN 65W, (1x USB-C) + (3x USB-C + 1x USB-A) : RM196 (diskaun 51%)
  6. Kombo 2x Pengecas GaN 65W, (3x USB-C + 1x USB-A) : RM257 (diskaun 45%)

Anda boleh mendana projek Ugreen ini di sini dan dijangka mula dihantar pada Jun 2020. Cepat, selagi stok masih ada. Selepas tamat pendanaan ini, harga jualan untuk pengecas GaN 65W Ugreen ini ialah RM170 untuk 1 port USB-A, dan RM236 bagi 4 port (3 USB-C + 1 USB-A).

BACA  Pelajar B40 UKM boleh pinjam laptop Honor MagicBook untuk jalani pengajian dalam talian