• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme X3 SuperZoom diumum, kombo specs gaming dan kamera yang baik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:04 am
  • 27/05/2020
  • Komen
Realme X3 SuperZoom diumum, kombo specs gaming dan kamera yang baik
Share on FacebookShare on Twitter

Tak banyak produk Realme menggunakan SoC flagship. Realme X3 SuperZoom adalah telefon terbaharu mereka yang tergolong dalam kategori tersebut. Baru sahaja dilancarkan di Eropah, ia menerima tanda harga EUR499 (RM2,392) dan hanya satu varian sahaja disenaraikan dalam laman rasmi iaitu RAM 12GB dan storan 256GB.

Untuk perbandingan, Realme X2 Pro sewaktu dilancarkan dulu berharga RM2,399 dan ia miliki specs yang hampir serupa.



Artic White
Glacier Blue

Untuk pasaran Malaysia, Realme X3 SuperZoom dijadualkan dilancarkan pada 28 Mei 2020 jam 11 pagi.

Realme X3 SuperZoom miliki fizikaliti yang serupa dengan ahli-ahli Realme yang lain. Tapi ia paling mirip dengan Realme 6 Pro yang baru saja masuki Malaysia pada penghujung April 2020 lalu.



Untuk paparan, Realme mengenakan panel 120Hz sebesar 6.6” pada resolusi FHD+ daripada jenis LCD. Mereka adalah antara pengeluar telefon yang tak kedekut berikan panel ber-refresh rate tinggi kerana kalau anda nak temui panel 120Hz, biasanya ia ada dalam kategori superpremium dan gaming.

Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 855+, cip yang boleh anda temui dalam Realme X2 Pro dan beberapa telefon gaming terkenal contohnya ROG Phone 2, Nubia Red Magic 3S, dan Black Shark 2 Pro.

Di bahagian pengimejan, karakteristik kameranya saling tak tumpah seperti Realme 6. Anda beroleh kuadkamera belakang dan dwikamera depan.

Bezanya adalah, Realme 6 Pro ada kamera telefoto 12MP tapi di Realme X3 ada 8MP. Cumanya kamera 8MP Realme X3 ada upaya mengezum sehingga 60x.

Berikut adalah spesifikas kamera belakang Realme X3 SuperZoom

  • Kamera 64MP
  • Kamera 8MP Ultralebar
  • Kamera 8MP Telefoto
  • Kamera 2MP makro

Dwikamera selfie telefon ini, walaupun kedudukannya sama seperti Realme 6 Pro iaitu dipenjuru kiri, sensor utamanya lebih baik iaitu 32MP dan kamera sekundernya 8MP selfie ultralebar.

Untuk telefon ini, Realme mengetengahkan keupayaan gambar malap yang cemerlang melalui fungsi Ultra Nightscape.

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah sekeping bateir berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan pantas. Teknologi Dart Charge Realme mampu mengepam masuk tenaga setinggi 30W pada satu-satu masa. Anda boleh jangkakan pengecasan penuh daripada sifar sekitar satu jam dengan blok pengecas ini.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Realmerealme x3 superzoom
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Realme X3 SuperZoom diumum, kombo specs gaming dan kamera yang baik

Realme X3 SuperZoom diumum, kombo specs gaming dan kamera yang baik

27 May 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN