Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung perkenal Galaxy S20 Ultra dengan warna baharu, Putih Awan

Samsung kini memperkenalkan warna baharu untuk telefon pintar terhebatnya, Galaxy S20 Ultra. Sebelum ini, hanya ada dua warna pilihan iaitu kelabu dan hitam. Kini pembeli ada pilihan baru yang lebih cerah, iaitu warna putih.

Tiada yang berbeza pada warna putih Galaxy S20 Ultra ini, berbanding warna kelabu dan hitam. Harganya juga kekal sama, hanya RM4,999.

Galaxy S20 Ultra dikuasakan oleh cip Exynos 990 8-teras yang dibina dari proses EUV 7nm. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB, serta storan dalaman UFS3.0 seluas 128GB. Telefon ini juga menyokong kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrin sebesar 6.9-inci berlubang, digunakan oleh Galaxy S20 Ultra. Ia dari jenis Dynamix AMOLED dengan resolusi QuadHD+ serta refresh rate setinggi 120Hz. Pengimbas capjari dipasang di dalam skrin ini.

Kamera di telefon ini antara naiktaraf terbesar berbanding model sebelumnya. Galaxy S20 Ultra dilengkapi 4 kamera belakang, dengan kamera utamanya memiliki resolusi 108MP F1.8. Ia diikuti kamerae ultralebar 12MP F2.2, kamera telefoto 40MP F3.5 dan kamera ToF. Kamera belakang ini berupaya mengezum hibrid sehingga 10x dan zum digital sehingga 100x. Kamera hadapannya pula 40MP F2.2, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan di dalam Galaxy S20 Ultra dan ia menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C serta pengecasan wayarles 15W. Ia juga kalis air dan debu IP68 dan memiliki pembesasr suara stereo.

Galaxy S20 Ultra dengan warna putih yang baharu, kini boleh didapati di Stor Online Samsung dan Stor Samsung Lazada.

BACA  Telefon Samsung Tak Didatangkan Dengan Pengecas Seawal 2021?