Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Cortex-A78 diumum untuk pacu cip flagship 2021, tapi Cortex-X1 ada niat yang lebih ganas

Genap setahun yang lalu, pembangun aturcara penghasilan cip pemroses ARM mengumumkan teras Cortex-A77 yang kini digunakan secara meluas dalam hampir semua cip telefon pintar. Setahun kemudian, ARM meneruskan tradisinya apabila mengumumkan dua teras terbaharu yang bakal memperkasa flagship 2021 iaitu Cortex-A78 dan juga Cortex-X1.

Seperti biasa, Cortex-A78 ini adalah versi yang ditambah baik berbanding A77 yang anda boleh temui dalam Snapdragon 865 dan yang seangkatan dengannya. Kali ini, Cortex-A78 membawakan prestasi malar sehingga 20% lebih baik berbanding sebelumnya. Namun begitu, mereka tidak pula menyentuh bab kecekapan tenaga.

Tapi, anda tetap boleh jangkakan, walau sedikit, penambahbaikkan dilakukan pihak ARM di bahagian kecekapan tenaga kerana sejak dulu, siri Cortex memang dibangunkan berlandaskan prinsip keseimbangan prestasi, tenaga, dan luas cip (PPA).

A picture containing circuit

Description automatically generated

Lain pula cerita dengan Cortex-X1. Ini adalah produk baharu daripada ARM dan ramai beranggapan yang ia adalah gerak balas terhadap komen pengguna yang teras Cortex sejak sekian lama masih belum mampu menyaingi hasil tangan Apple Bionic.

Jika di Cortex-A, prinsip PPA diguna pakai, di Cortex-X mereka lebih tumpukan kepada prestasi, walaupun terpaksa korbankan tenaga dan saiz cip. ARM mengunjurkan yang kemampuan Cortex-X1 ini adalah 30% lebih baik berbanding Cortex-A77.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Di bahagian saiz cip, pengeluar SoC lebih bebas memadankan Cortex-X1 dengan teras lain kerana tidak terkepung dengan keperluan untuk mengoptimumkan ruang silicon.

ARM mensasarkan Cortex-X1 kepada penggunaan perkuasa tinggi seperti peralatan komputer professional dan pelayan web.

Sumber: AnandTech

BACA  Petunjuk siri Vivo X50 timbul tanda kedatangannya ke Malaysia