Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Cuba Unifi Home Fibre secara percuma selama 30-hari tanpa penalti

Jika anda masih tidak pasti mahu memasang jalur lebar tetap di rumah, anda kini boleh mencubanya secara percuma menerusi promosi terbaru TM. TM kini menawarkan promosi mencuba Unifi Fibre Home secara percuma selama 30-hari. Kalau tak suka, anda boleh membatalkannya dan memulangkan peranti berkaitan dalam masa 30-hari tanpa dikenakan sebarang denda.

Promosi percubaan 30-hari ini terpakai untuk semua pelan Unifi Home Fibre dengan kuota tanpa had, bermula dari RM89/bulan. Promosi ini terbuka kepada pelanggan baharu sahaja dan berjalan sehingga 30 Jun 2020.

Pelan yang terlibat dalam promosi ini ialah:

  • 30Mbps Unlimited Data: RM89/bulan
  • 100Mbps + unifi Media Box: RM149/bulan
  • 100Mbps: RM129/bulan
  • 100Mbps + unifi Media Box: RM189/bulan
  • 300Mbps: RM199/bulan

Laman web TM menyatakan, pemasangan baru Unifi kini boleh dibuat di semua kawasan kecuali di tempat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Jika anda berubah fikiran dan mahu menamatkan percubaan ini dalam masa 30-hari tanpa penalti, ia hanya boleh dilakukan di TM Point. Anda perlu membawa bersama peralatan berkaitan iaitu modem, broadband termination unit (BTU) dan Unifi Media box (jika ada). Kalau tidak, anda perlu membayar caj RM500.

Selain itu, bayaran pendahuluan sebanyak RM100 dikenakan untuk warganegara Malaysia, dan RM500 untuk bukan warganegara serta warganegara tanpa pengesahan pembaca MyKad. Bayaran ini akan direbatkan semula ke dalam bil pertama dan kedua pengguna.

Jika anda mahu terus menggunakan Unifi selepas tamat tempoh percubaan 30-hari, anda akan terikat dengan kontrak selama 24-bulan.

Selain itu, TM juga kini menawarkan tambahan Mesh WiFi secara ansuran. Ia boleh ditambah dengan bayaran RM15/bulan selama 24 bulan, iaitu tempoh yang sama dengan kontrak. Bagaimanapun, tidak dinyatakan apakah model Mesh WiFi yang diberikan.

BACA  Canon EOS R5 & R6: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Kepada yang berminat untuk mencuba Unifi Home dalam promosi ini, boleh segera melanggan secara dalam talian di unifi.com.my atau mendail ‘100’. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Unifi Home Fibre. Rujuk juga Soalan Lazim FAQ serta Terma dan Syarat.