Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKPB: Premis perniagaan tidak lagi dibenarkan merekod data peribadi pelanggan selain garis panduan ini

Kerajaan telah meluluskan garis panduan berkaitan pengumpulan, pemprosesan dan pemilikan data peribadi oleh sektor perniagaan, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang disediakan oleh Jabatan Pelindungan Data Peribadi (JPDP).

Menurut Ketua Pengarah JPDP, Mazmalek Mohamad, garis panduan berkenaan telah dirangka berdasarkan Akta Pelindungan Data Peribadi 2010. Ia telah diluluskan oleh Jawatankuasa COVID-19 yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berdasarkan garis panduan berkenaan, pemilik perniagaan hanya dibenarkan merekod maklumat pelanggan secara minimum, sama ada pendaftaran secara digital atau manual. Antara maklumat yang disarankan:

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Tarikh
  • Masa

Bagi premis yang melakukan pendaftaran secara manual, satu dokumen khas perlu disediakan bagi mengumpul maklumat pelanggan dan digunakan sepanjang tempoh PKPD. Kakitangan yang merekodkan data tidak boleh mendedahkan maklumat berkenaan tanpa kebenaran.

Peniaga juga perlu mempamerkan notis makluman berkenaan keperluan pelanggan melakukan pendaftaran dan turut menyatakan bahawa ia berdasarkan arahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] .

Sekiranya PKPD ditamatkan kelak, maklumat pelanggan yang dikumpul perlu dimansuhkan dalam tempoh enam bulan.

JPDP akan memantau pematuhan kepada garis panduan berkenaan dari semasa ke semasa. Mereka yang didapati gagal mematuhinya boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 300,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sumber: The Star  

BACA  25 APP Android ini dikesan curi login Facebook anda