Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

realme jadikan paparan 120Hz norma baharu telefon premium

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh realme Malaysia

Sebelum kehadiran realme dalam pasaran, panel paparan yang miliki kadar segar semula (refresh rate) melebihi 90Hz pada telefon pintar nampak seakan dikhaskan untuk segmen ultrapremium dan juga gaming.

Makanya, hanya segolongan pengguna saja yang mampu merasai kemanisan refresh rate tinggi semasa menatal paparan telefon mereka.

Tapi, kehadiran realme telah merombak norma sedia ada kerana kini, lebih ramai lapisan pengguna boleh mengakses fungsi ini. Misalnya, realme 6 Pro yang dilancarkan penghujung April 2020 miliki panel paparan 90Hz dan berharga cuma RM1,399.

realme sekali lagi lakukan kelainan apabila hadir dengan realme X2 Pro yang ada paparan 120Hz pada harga RM2,399 dan yang terbaharu, realme X3 SuperZoom.

realme X3 SuperZoom juga dilengkapi dengan NFC.

Ramai yang masih kurang cakna tentang manfaat refresh rate tinggi pada paparan, tapi sejurus mula gunakannya anda terus rasai kelainan dan tak mungkin akan bertukar kepada skrin kenvensional 60Hz yang digunakan sejak sekian lama.

Manfaat refresh rate tinggi pada realme X3 SuperZoom

Refresh rate merujuk kepada bilangan bingkai yang mampu dipaparkan skrin dalam kitaran 1 saat ataupun unit SI-nya hertz (Hz). Angka 120Hz menunjukkan panel mampu paparkan 120 bingkai gambar sesaat. Sifir yang sama turut diguna pada panel 90Hz dan 60Hz.

realme X3 SuperZoom diperkasa panel 120Hz yang diterjemah kepada animasi UI lebih lembut dan lancar. Perbandingan sangat ketara boleh dilihat jika anda letakkan realme X3 SuperZoom disebeluah realme 5 Pro yang ada panel 60Hz.

Refresh rate yang tinggi sangat menguntungkan golongan gamers. Ia menyebabkan gerak balas pemain terhadap apa yang ada atas paparan jadi lebih pantas. Dalam permainan yang perlukan refleks pantas seperti PUBG dan CoDM, gerakbalas pada julat milisaat membezakan kejayaan dan kegagalan.

BACA  Internet berkelajuan 500Mbps, kehendak atau keperluan?

Bergunakah paparan ber-refresh rate tinggi pada saya?

Jika tanda harganya tidak berbeza terlalu nyata, telefon dengan panel refresh rate tinggi sangat berguna kerana masa ini semakin banyak APP yang menyokong refresh rate tinggi.

Anda tak rugi apa-apa jika ada fungsi tersebut kerana ia boleh dimatikan pada bila-bila masa. Malah, penggunaan Cip Snapdragon 855+ yang cekap tenaga beserta 30W Dart Charge tentunya buatkan anda tak perasan kelemahan panel refresh rate tinggi.

Dapatkan seunit realme X3 SuperZoom

realme X3 SuperZoom ditawarkan dalam dua varian. Yang berharga RM1,999 ada RAM 8GB dan storan 128GB. Ia akan diual bermula 2 Jun 2020 eksklusif di Lazada. Pada hari pertama jualannya, anda berpeluang mendapat rebat RM200 atas pembelian. Makanya, anda boleh dapatkannya pada harga RM1,799.

Varian yang kedua ialah yang ada RAM 12GB serta storan 256GB. Ia akan boleh didapati di semua pengedar sah realme di seluruh negara bermula 6 Jun 2020 pada harga RM2,299. Pembeli varian paling tinggi ini akan terima hadiah berupa realme Buds Air percuma serta jaminan tambahan 1 tahun.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut dan saluran Facebook mereka untuk berita terkini.