Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Galaxy Tab S6 Lite mula dijual di Malaysia dengan Papan Kekunci dan S Pen percuma

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan penjualan tablet terbaru mereka, Galaxy Tab S6 Lite bermula hari ini, 29 Mei 2020. Ia dijual pada harga RM1,699 dan datang standard bersama S Pen. Pembeli awal tablet ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai lebih RM400.

Dari 29 Mei hingga 31 Julai 2020, pembeli Galaxy Tab S6 Lite akan menerima papan kekunci, Targus Keyboard Book Cover bernilai RM409, serta langganan YouTube Premium selama 4 bulan, secara percuma. Sementara stok masih ada, jadi anda harus cepat mendapatkannya.

Sementara tablet ini datang dengan jaminan selama setahun, papan kekunci Targus yang diberi percuma ini ada jaminan selama 2-tahun. Jika ada masalah, urusan tuntutan boleh dibuat menerusi Targus Asia Pacific (Malaysia) Sdn Bhd, sama ada menghubungi talian 03-4820 7770 atau di laman web rma.targus.com.

Dengan adanya papan kekunci, tahap produktiviti menggunakan tablet ini pasti lebih baik. Apatah lagi, ia turut memiliki S Pen yang memberikan lebih banyak cara penggunaannya.

Galaxy Tab S6 Lite dikuasakan oleh cip 8-teras berkelajuan sehingga 2.3GHz, bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Storannya boleh diluaskan menggunakan kad mikroSD, sehingga 1TB.

Skrin tablet ini dari jenis LCD, berukuran 10.4-inci dengan resolusi HD Penuh, dalam nisbah 5:3. Ia ada satu kamera belakang 8MP dengan autofokus, serta satu lagi kamera hadapan 5MP berfokus tetap yang terletak di bingkai di atas skrin.

Sistem bunyi di tablet ini dikeluarkan menerusi speaker stereo di atas dan bawahnya, diperkasa teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos dan ditala oleh AKG. Bateri di dalamnya berkapasiti 7,040mAh dan menyokong pengecasan 15W melalui USB-C.

Tablet ini tidak memiliki sambungan LTE, ia menggunakan WiFi untuk berhubung ke internet. Selain itu, ia juga tiada pengimbas capjari tetapi masih mengekalkan jek audio 3.5mm.

BACA  Lebih banyak imej Galaxy Note 20 dikongsikan, cuba anda lihat bonjolan kameranya

Jika anda berminat memilikinya, Galaxy Tab S6 Lite kini telah dijual di Stor Online Samsung serta dari pengedar sah Samsung. Terdapat dua warna boleh dipilih, antara kelabu dan biru.