• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi akan perkenal Android Box lebih kecil dari Mi Box

  • OLEH Najib
  • 12:41 pm
  • 29/05/2020
  • Komen
Xiaomi akan perkenal Android Box lebih kecil dari Mi Box
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda memiliki TV kurang pintar, anda boleh menjadikannya pintar dengan menambah perkakas seperti Android Box. Salah satu darinya ialah Mi Box, di mana anda boleh menonton pelbagai kandungan dengan sambungan internet di TV, seperti YouTube, Netflix dan banyak lagi.

Baru-baru ini, Xiaomi telah berkongsi akan ketibaan Android TV mereka yang baru, dikenali sebagai Mi TV Stick. Ia diperlihatkan sebentar semasa pelancaran produk baru Xiaomi di Jerman. Tiada langsung perkara mengenainya diperkatakan melainkan sekeping gambar.



Dari gambar ini, kita boleh merumuskan bahawa produk baru ini adalah sangat kecil, seperti sebuah Google Chromecast generasi pertama. Menariknya, ia datang bersama alat kawalan jauh yang memberi beberapa maklumat tambahan.

Di alat kawalan jauh tersebut, terdapat logo Google Assistant di atasnya, sedikit sebanyak membawa maksud bahawa ia menyokong perkhidmatan Google. Pendek kata, ia mungkin sebuah Android TV. Selain itu, terdapat butang khas Netflix dan Amazon Prime Video padanya, ini mungkin menyatakan bahawa ia akan dipasarkan lebih meluas di peringkat antarabangsa. Tidak terhad di Jerman sahaja.



Selain dari gambaran ini, tidak ada perkara lain boleh diperkatakan. Tetapi salah satu laman web e-dagang popular antarabangsa, Gearbest ada menyenaraikan Mi TV Stick. Ia menyatakan, Mi TV Stick memiliki ciri-ciri yang sama seperti Mi Box S seperti cip Amlogic S905 Y2, RAM 2GB, Storan 8GB, sistem operasi Android 9.0, sokongan paparan 4K HDR serta sokongan sistem bunyi DTS-HD dan Dolby Stereo Sound.

Walaupun tarikh jualannya belum diketahui, dengan previu ini menunjukkan ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Harapnya ia akan turut dijual secara rasmi di Malaysia kelak.

Sumber: Android Authority

Tags: Mi TV Stickxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Xiaomi akan perkenal Android Box lebih kecil dari Mi Box

Xiaomi akan perkenal Android Box lebih kecil dari Mi Box

29 Mei 2020
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER