Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Nama ASNB diperalat scammer tawar pelaburan palsu di Whatsapp

Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan palsu yang dikesan menggunakan nama dan logo dari Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), yang ditawarkan menerusi Whatsapp.

Berdasarkan kenyataan dari ASNB, pihaknya mendapati terdapat sindiket yang melaksanakan modus operandi dengan menggunakan nama ASNB Group.

Ia bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu. Dalam mesej berkenaan, penghantar mendakwa  dirinya mewakili ASNB Group dan menggunakan nama serta logo syarikat ASNB tanpa kebenaran.

Menerusi pakej berkenaan, mangsa dimaklumkan akan mendapat pulangan luar biasa dalam tempoh yang singkat. Sekiranya berminat, mereka hanya perlu memasukkan pelaburan mereka, dengan memindahkan wang  secara dalam talian ke dalam akaun bank yang dinyatakan menerusi mesej berkenaan.

Jelas kenyataan itu lagi, pelaburan berkenaan melibatkan sektor minyak, pasaran saham serta mata wang. Mangsa akan dimaklumkan bahawa mereka hanya perlu goyang kaki dan menunggu pulangan pelaburan yang akan dikreditkan terus ke akaun.

ASNB turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menawarkan sebarang pakej pelaburan sama ada secara langsung atau menerusi medium permesejan seperti Whatsapp.

Untuk membuka akaun pelaburan ASNB, anda digalakkan untuk hadir ke mana-mana cawangan ASNB dengan membawa kad pengenalan. Pelaburan tambahan boleh dibuat atas talian menerusi portal myASNB, Maybank2u, CIMBClicks, RHB Now dan AffinOnline.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa pihaknya merupakan organisasi yang menawarkan unit amanah. Orang ramai dinasihatkan supaya terus menghubungi  Pusat Khidmat Pelanggan ASNB untuk membuat aduan sekiranya menerima mesej meragukan terutama melibatkan tawaran pelaburan di bawah syarikat itu. Talian ASNB seperti berikut:

BACA  Tempahan pembelian set Lego Super Mario dibuka pada harga RM259.90

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ASNB, orang ramai boleh melayari laman web ini.

Sumber: The Edge Market