Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Google tunda pelancaran Android 11 Beta, namun jadual asal tidak terjejas

Sepatutnya pada 3 Jun 2020, Google akan mengumumkan versi Beta Android 11 untuk dipandu uji pembangun diseluruh dunia. Namun, menerusi cicipan terbaharu pihak Android, nampaknya ia ditunda kepada satu tarikh yang belum dipastikan. Dengan frasa “it’s not the time to celebrate”, mereka mungkin merujuk kepada pandemic COVID-19 serta rusuhan yang meruncing di A.S yang berlaku sekarang.

Walau bagaimanapun, yang ditunda adalah tarikh pelancaran versi Beta kepada Android 11. Jadi, anda boleh jangkakan jadual asal pelancaran versi penuhnya tidak berubah iaitu sekitar suku-3 tahun 2020.

Android 11 bakal membawakan beberapa perubahan radikal. Yang pertama adalah sokongan terhadap peranti boleh lipat yang seperti yang anda tahu hadir dalam beberapa rupa fizikal. Jadi pihak Android perlu menyesuaikan antaramuka sistem operasi mereka terhadap paparan tersebut.

Android 11 bawakan sokongan paparan boleh lipat

Bagi mengatasi masalah fragmentation yang melanda ekosistem Android, pembangunnya turut memperkenalkan Project Mainline. Ia bagi memastikan semua produk yang menjalankan sistem operasi Android boleh dikemas kini secara modular untuk menjimatkan masa serta mengoptimumkan saluran penyampaian kemas kini. Konvesionalnya, pengeluar telefon perlu mempakejkan kemas kini, satu untuk setiap model, sebelum dihantar secara OTA kepada model yang terlibat.

Android 11 juga bakal hadir dengan sokongan High Efficiency Image File Format (HEIF) yang katanya boleh mengoptimumkan penggunaan storan sehngga 30%. Ciri ini sudah lama diguna pakai pada iPhone dan iPad.

BACA  Varian terkecil iPhone 12 ini sepatutnya jadi iPhone SE 2020

Satu ciri menarik Android 11 yang sangat berguna ialah “ethernet tethering”. Sekiranya anda sambungkan USB Ethernet pada telefon, anda boleh pancarkan Internet daripada ethernet kepada Wi-Fi untuk dikongsikan dengan pengguna yang lain.