Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon pertama Samsung dengan Exynos 850 sedia dibeli di Malaysia

Samsung membanjirkan keluarga Galaxy A dengan pelbagai model sejak kebelakangan ini. Selepas Galaxy A11 dan Galaxy A31, kita kini ada Galaxy A21s sebagai alternatif kepada telefon harga patut.

Daripada salah satu gedung penjual telefon terkenal, anda boleh dapatkan Galaxy A21s pada harga RM939 dan ia adalah set rasmi dan dilindungi jaminan Samsung Malaysia. Tidaklah diketahui mengapa begitu banyak produk Samsung pada tanda harga berhampiran RM1,000 kerana disekitarnya kita sudah ada Galaxy M31 (RM1,099) dan Galaxy A51 (RM1,299).

Sumber

Galaxy A21s diperkasa cip Exynos 850. Ia adalah cip kelas pertengahan baru daripada Samsung yang menggunakan litografi 8nm. Bersama-sama SoC itu, anda terima RAM seluas 6GB dan storan seluas 64GB.

Di bahagian muka ialah paparan Infinity-O sebesar 6.5” pada resolusi HD+. Pada lubang tersebut, ada kamera selfie dengan sensor 13MP. Di bahagian belakang, ia dibekalkan empat kamera yang menggabungkan sensor 48MP, 8MP (ultralebar), 2mP (makro), dan 2MP (potret).

Bateri Galaxy A21s sedikit kecil berbanding Galaxy M31. Pada 5,000mAh, ia boleh dicas pantas menggunakan blok 15W melalui port USB-C.

Berikut adalah senarai keluarga Galaxy A yang boleh anda dapati di Malaysia.

  • Galaxy A11 3GB RAM + 32GB storage – RM599
  • Galaxy A21s 6GB RAM + 64GB storage – RM939
  • Galaxy A31 6GB RAM + 128GB storage – RM1,099
  • Galaxy A51 6GB RAM + 128GB storage – RM1,299
  • Galaxy A51 8GB RAM + 128GB storage – RM1,399
  • Galaxy A71 8GB RAM + 128GB storage – RM1,799
BACA  Apple tanya anda sama ada pengecas perlu disertakan bersama iPhone