• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

7-Eleven beri baucar tunai RM 3 percuma untuk pengguna aplikasi My7E

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:00 pm
  • 02/06/2020
  • Komen
7-Eleven beri baucar tunai RM 3 percuma untuk pengguna aplikasi My7E
Share on FacebookShare on Twitter

7-Eleven Malaysia memperkenalkan program ganjaran kesetiaan (e-loyalty) mereka dengan pelancaran aplikasi telefon, My7E. Ia merupakan langkah bagi memudahkan pengunjung di kedai serbaneka itu untuk melakukan transaksi jual beli tanpa sentuh dan pada masa sama mengumpul mata ganjaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  7-Eleven Malaysia, Colin Harvey, menerusi aplikasi ini pengguna boleh menyambungkan kad B-Infinite dan akuan e-dompet Razer Pay mereka untuk membuat pembayaran dan mengumpul mata ganjaran di semua cawangan 7-Eleven seluruh negara.



Untuk penguna baharu, mereka akan menerima baucar tunai RM 3 dan pelbagai manfaat menarik seperti:

  • Kad cop maya (e-stamp)
  • Mata ganjaran ahli
  • E-kupon
  • Program jualan dan kempen menarik

Pengguna juga boleh mendapat minuman Slurpee percuma selepas pembelian mereka yang keenam.



Di aplikasi My7E, pencarian kedai 7-Eleven terdekat dengan lokasi pengguna boleh dilakukan menerusi fungsi carian yang dijana oleh Google Maps.

Untuk memuat turun aplikasi My7E, orang ramai boleh ke Google Play Store atau App Store. Selepas memuat turun, penguna boleh mendaftar dan memperoleh kod QR ahli. Kod ini perlu diimbas setiap kali melakukan pembelian di kedai .

Selain memberikan ganjaran yang dinyatakan, pihak 7-Eleven juga akan menambahbaik program kesetiaan mereka melalui aplikasi dari masa ke semasa. Pelanggan juga akan mendapat info promosi dan maklumat terkini menerusi aplikasi selain boleh merujuk di laman web atau laman sosial 7-Eleven seperti berikut:

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter

Tags: 7-ElevenMy7E
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

7-Eleven beri baucar tunai RM 3 percuma untuk pengguna aplikasi My7E

7-Eleven beri baucar tunai RM 3 percuma untuk pengguna aplikasi My7E

2 June 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN