• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony tangguhkan acara khas PS5 untuk beri ruang kepada suara lebih penting

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 02/06/2020
  • Komen
Sony tangguhkan acara khas PS5 untuk beri ruang kepada suara lebih penting
Share on FacebookShare on Twitter

Sony sebelum ini telah mengumumkan akan mengadakan satu acara khas untuk konsol akan datangnya, PlayStation 5 (PS5) pada 4 Jun 2020. Tetapi acara tersebut kini diberitahu akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum diketahui. Ia dibuat untuk memberi ruang kepada suara lebih penting untuk didengari.

Dalam muat naik status di saluran media sosial rasmi PlayStation 5, Sony menyatakan mereka memahami kehendak peminat permainan video untuk melihat previu permainan PS5, tetapi Sony merasakan sekarang bukanlah masa terbaik untuk meraikannya. Buat masa ini, Sony mahu berundur dahulu untuk memberi ruang kepada suara lebih penting untuk didengari.



pic.twitter.com/ZAY8StN0EU

— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020

Kenyataan Sony berkenaan suara yang lebih penting dipercayai merujuk kepada kematian George Floyd di Minnesota, Amerika Syarikat. Kematian beliau akibat keganasan polis telah mencetuskan protes besar-besaran di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

pic.twitter.com/fnkB9ZmYg5

— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020

Perancangan asal Sony pada 4 Jun adalah untuk mempamerkan beberapa tajuk permainan yang akan boleh dimainkan di konsol terbaru mereka, PS5. Ia akan berjalan selama lebih sejam, menampilkan hasil kerja industri permainan dari studio besar dan kecil, di seluruh dunia.



Walaupun masih belum dilancarkan, Sony telah berkongsi banyak perkara teknikal mengenai PS5. Antaranya ia akan dikuasakan pemproses utama AMD Zen 2 8-teras dengan kelajuan sehingga 3.5GHz, bersama pemproses grafik khas, AMD RDNA 2 dengan kelajuan sehingga 2.23Ghz. Konsol ini juga menggunakan storan SSD khas yang memberikan kelajuan terpantas agar pemain tidak perlu menunggu lama untuk bermain.

Alat kawalan wayarles PS5

Selain itu, Sony juga telah berkongsikan gambar alat kawalan wayarles untuk PS5, tetapi masih belum menceritakan bagaimanakah rupa betuk konsol PS5 itu sendiri.

Sehingga kini, Sony masih belum menyatakan bilakah tarikh sebenar pelancaran PS5 akan diadakan.

Sumber: The Verge

Tags: Sonysony playstationsony playstation 5
Najib

Najib

POPULAR

Sony tangguhkan acara khas PS5 untuk beri ruang kepada suara lebih penting

Sony tangguhkan acara khas PS5 untuk beri ruang kepada suara lebih penting

2 June 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER