Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon baru Honor ini dilengkapi pengesan suhu badan

Honor akan melancarkan sebuah telefon baharu yang sangat berguna di musim wabak COVID-19 ini. Telefon pintar Honor Play4 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, memiliki fungsi pengesan suhu. Ia boleh digunakan untuk mengesan suhu badan manusia, bagi memastikan jangkitan virus dapat dikurangkan.

Dalam video yang memaparkan pengurus produk Honor Play, beliau menunjukkan bagaimana telefon pintar baharu ini boleh mengesan suhu. Selain mengesan suhu badan manusia, beliau turut memperlihatkan ia boleh mengesan suhu badan kucing serta tahap kesejukan aiskrim.

Selain itu, poster promosi pelancaran Honor Play4 menunjukkan gambar sebuah pengesan suhu, mengesahkan lagi kehadiran fungsi pengesan suhu. Majlis pelancaran siri Honor Play4 akan diadakan pada 3 Jun 2020 di China.

Siri Honor Play4 dikatakan akan muncul dalam dua model, versi biasa dan versi Pro. Honor Play4 Pro akan menampilkan skrin LCD HD Penuh 6.57-inci, dwi kamera hadapan 32MP + 8MP, dwi kamera belakang 40MP + 8MP, bateri 4,200mAh, pengecasan pantas 40W, serta pemproses Kirin 990.

Manakala Honor Play4 pula memiliki skrin HD Penuh 6.81-inci, kamera hadapan 16MP serta empat kamera belakang 64MP + 8MP + 2MP + 2MP.

Honor Play4 dengan empat kamera belakang

Honor Play generasi pertama pernah dijual di Malaysia dengan kuasa cip flagship dan harga murah, setanding Pocophone F1. Tetapi model selepas itu tidak lagi dijual di Malaysia. Adakah Honor akan menjual siri Play4 ini ke Malaysia nanti? Senang sikit nak pergi kedai tunjuk suhu sendiri kan.

Sumber: SparrowNews, weibo 1, weibo 2

BACA  Tablet 5G pertama Malaysia ini datangnya dari Huawei