Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelajar UniSZA tolak cadangan majlis graduasi guna robot

Cadangan melaksanakan majlis konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) secara Maya, yang dipaparkan menerusi video simulasi majlis Konvokesyen di laman Youtube di tolak sekerasnya oleh pelajar institusi pengajian berkenaan.

Perkara berkenaan di cadangkan pihak universiti sebagai alternatif sekiranya majlis konvokesyen tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka susulan larangan berhimpun dan usaha mencegah penularan COVID-19.

Sebahagian daripada pelajar menerusi ruangan komen di saluran Youtube UniSZA yang mencadangkan supaya majlis berkenaan ditangguhkan terlebih dahulu daripada dilaksanakan secara maya.

Terdapat juga komen dari pelajar tahun akhir, yang menyatakan bahawa majlis graduasi adalah pengalaman paling berharga buat seorang pelajar, selepas bertungkus-lumus menamatkan pengajian selama empat tahun. Ia bukan untuk diambil oleh sebuah robot.

Ada juga komen yang ditulis memaklumkan bahawa pelajar juga mahu merasai momen konvokesyen dan berkongsi kegembiraan itu bersama ibu bapa dan keluarga tersayang.

Susulan reaksi pelajar berkenaan, pihak UniSZA kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa setakat ini belum ada keputusan yang dilakukan untuk melaksanakan majlis graduasi secara maya.

Demonstrasi berkenaan juga adalah alternatif yang menunjukkan bahawa pihak universiti mempunyai sumber untuk melaksanakan majlis konvokesyen secara maya.

Terdahulu, Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sekiranya majlis konvokensyen ke-12 yang dirancang pada akhir tahun tidak dapat dilaksanakan secara maya, alternatif secara maya akan dilaksanakan.

Majlis konvokesyen secara maya akan menggunakan robot iaitu Naseem dan Seebaa. Ia akan dilakukan menerusi sidang video secara langsung bagi memaparkan upacara penganugerahan skrol kepada pelajar yang berada di tempat atau kediaman masing-masing.

Penganugerahan skrol kepada robot yang mewakili pelajar berkenaan akan dilakukan oleh Tuanku Canselor, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

BACA  Lebih 80% iPhone guna OS terkini, Android pula kurang 10%

Robot Naseem dan Seebaa dibangunkan sendiri oleh penyelidik UniSZA dan telah diuji pada gimik penganugerahan skrol di majlis konvokesyen ke-11 UniSZA pada tahun 2019.

Sumber: Malay Mail, Bernama