• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Altel

Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat

  • OLEH Najib
  • 1:20 pm
  • 02/06/2020
  • Komen
Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melaksanakan penguntukan spektrum 700MHz kepada 5 syarikat telekomunikasi. Arahan bertarikh 15 Mei 2020 itu telah menamakan Altel, Celcom, Digi, Maxis dan TM sebagai pemegang lesen jalur spektrum 700MHz.

Arahan yang dikeluarkan ini dibuat di bawah Seksyen 7 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang membenarkan menteri untuk mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya.



Dari surat arahan tersebut, 5 syarikat telekomunikasi dan jalur spektrum yang diperuntukkan kepada mereka adalah seperti berikut:

  • Altel Communications Sdn Bhd: 713MHz-718MHz dan 768MHz-773MHz (2x 5MHz)
  • Celcom Axiata Berhad: 723MHz-733MHz dan 778MHz-788MHz (2x 10MHz)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd: 703MHz-713MHz dan 758MHz-768MHz (2x 10MHz)
  • Maxis Broadband Sdn Bhd: 733MHz-743MHz dan 788MHz-798MHz (2x 10MHz)
  • Telekom Malaysia Berhad: 718MHz-723MHz dan 773MHz-778MHz (2x 5MHz)

Celcom, Digi dan Maxis, masing-masing menerima 2x 10MHz untuk spektrum 700MHz, manakala Altel dan TM pula menerima 2x 5MHz. Menurut surat tersebut, penguntukan ini akan berkuat kuasa serta merta, tetapi menteri mempunyai hak pada bila-bila masa mengubahsuaikan, mengubah atau membatalan arahan ini.



Secara kasar, arahan yang dikeluarkan ini tidak menyatakan dengan jelas sama ada jalur spektrum yang diperuntukkan ini adalah kekal atau bersifat sementara, mungkin untuk ujian sahaja.

Pada awal tahun ini, SKMM telah mengumumkan bahawa jalur 5G bagi spektrum 700MHz dan 3.5Ghz tidak akan diberikan kepada pemegang lesen individu. Sebaliknya ia akan diberikan kepada konsortium untuk menurunkan perbelanjaan kapital (CAPEX) dengan merendahkan kos dan mengurangkan pertindihan infrastruktur rangkaian.

Peruntukan jalur spektrum terkini. Sumber: SKMM

Buat masa ini, masih tidak diketahui apakah pemberian spektrum kepada konsortium ini akan diteruskan di bawah kerajaan Perikatan Nasional. Pemberian jalur 5G kepada konsortium ini akan dibuat melalui proses bidaan terbuka yang membolehkan mana-mana konsortium untuk menyertai bidaan tersebut.

Kami telah menghubungi pihak SKMM untuk penerangan lanjut mengenai perkara ini dan akan mengemaskini dengan berita terbaru yang diterima.

Sumber: The Edge, Malaysian Wireless, Lowyat.net

Tags: 5gAltelcelcomdigimaxisSaifuddin AbdullahSKMMTM
Najib

Najib

POPULAR

Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat

Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat

2 June 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN