• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei berkira-kira gunakan cip MediaTek dalam telefon mereka?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:56 pm
  • 03/06/2020
  • Komen
Huawei berkira-kira gunakan cip MediaTek dalam telefon mereka?
Share on FacebookShare on Twitter

Pertengahan bulan Mei 2020 yang lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah memperketat sekatan perdagangan yang dikenakan terhadap Huawei sejak tahun 2019. Kali ini, A.S menyasarkan kepada cip pemproses yang digunakan pada produk elektronik Huawei.

Mate 30 Pro, telefon pertama yang tiada GMS

Padanya, A.S tidak membenarkan mana-mana syarikat semikonduktor pengeluar cip yang ada gunakan perisian ataupun perkakasan yang dibangunkan piihak A.S daripada menjual produk mereka kepada Huawei tanpa kebenaran.



Kesannya adalah penghasilkan cip Kirin Huawei kini berdepan masalah kerana selama ini, jabatan yang ada kaitan dengan cip pemproses di Huawei adalah daripada jenis fabless.

TSMC, kilang semikonduktor antara yang hasilkan cip-cip terkemuka dunia

Fabless merujuk kepada pembangun cip yang tiada keupayaan untuk keluarkan cip sendiri, sebaliknya mereka hanya mereka cipta dan penghasilan dilakukan oleh pihak ketiga dan dalam kes Huawei, pengeluaran cip Kirin dikendalikan oleh TSMC.



Huawei cuma hadir dengan skematik cip, penghasilannya diambil alih TSMC

Hasilnya, Huawei kini bergantung sepenuhnya pada bekalan SoC mereka yang sedia ada tanpa sebarang cip segar daripada dapur TSMC. Sungguhpun ada kilang semikonduktor yang tak terkesan dengan sekatan ini dan boleh digunakan Huawei sebagai pengeluar cip Kirin, masih belum ada yang mampu menandingi keupayaan pengeluaran TSMC.

Misalnya, ada satu kilang, SMIC, kini sedang mengeluarkan Kirin 710A bagi pihak Huawei. Kirin 710A kali ini menggunakan litografi 14nm berbanding 12nm semasa TSMC hasilkannya. Sudah tentu takkan digunakan Huawei dalam produk flagship yang rata-ratanya gunakan produk daripada litografi 10nm dan lebih kecil.

Honor 9X gunakan Kirin 710F

Ada cakap-cakap yang MediaTek akan membantu Huawei dapatkan produk TSMC dengan cara MediaTek menjenamakan semula barang TSMC sebelum dijual kepada Huawei. Walau bagaimanapun, dakwaan itu telahpun dibidas oleh MediaTek sendiri dengan kenyataan bahawa mereka tidak akan melanggar undang-undang baig pihak Huawei.

Ura-ura yang kuat bertiup sekarang ialah Huawei akan menggunakan cip flagship MediaTek iaitu siri Dimensiti untuk beberapa flagship yang mendatang ini.

Apa pendapat anda?

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei berkira-kira gunakan cip MediaTek dalam telefon mereka?

Huawei berkira-kira gunakan cip MediaTek dalam telefon mereka?

3 June 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER