Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKPB: KKM tentukan lanjut atau tamat PKPB dalam tempoh seminggu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia sebelum memutuskan bahawa pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) wajar ditamatkan atau sebaliknya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan akan diteruskan untuk tempoh seminggu lagi. Jika tiada lonjakan kes baharu, pihaknya akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menetukan langkah bagi menamatkan PKPB.

Jelasnya, berdasarkan laporan setakat ini, kes jangkitan dalam kalangan warga tempatan berada di bawah paras lonjakan yang dijangkakan terutama selepas beberapa kelonggaran diberikan sepanjang PKPB dilaksanakan.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian pasca Aidilfitri, tiada lonjakan kes positif COVID-19 direkodkan setakat ini. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah mematuhi SOP yang digariskan oleh pihak KKM.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan masih belum memutuskan bahawa PKPB akan dilanjut atau ditamatkan selepas 9 Jun 2020.

Jelas beliau, pihak kerajaan belum melakukan sebarang perbincangan berkaitan perkara tersebut setakat ini. Jika ada keputusan, ia akan dimaklumkan kepada orang ramai.

Sumber: Malay Mail, The Star

BACA  Pelajar B40 UKM boleh pinjam laptop Honor MagicBook untuk jalani pengajian dalam talian