• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: 7,000 taska dibenarkan untuk beroperasi bermula serta merta

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:03 pm
  • 03/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan memberikan kebenaran kepada 7,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar di seluruh negara untuk beroperasi semula, berkuatkuasa serta merta.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu diberikan susulan pembentangan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula taska yang diperkemaskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada kepada Mesyuarat Khas.



Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 6,696 taska dibenarkan untuk beroperasi bermula 2 Jun 2020, manakala selebihnya telah mendapat kebenaran sebelum ini.

Dengan kebenaran ini, diharap supaya tiada lagi timbul isu berkaitan golongan ibu bapa yang tidak boleh bekerja serta majikan mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji kerana perlu menjaga anak di rumah dan sebagainya.



Pengusaha boleh merujuk garis panduan SOP tersebut di laman web KPWKM dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci sebelum memulakan operasi mereka.

Menjawab persoalan tentang SOP operasi taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) pula, Ismail Sabri memberitahu, pengurusan dua pusat berkenaan adalah dibawah pelbagai kementerian. Oleh yang demikian kerajaan menyerahkan penyelarasan SOP pembukaannya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sumber: Astro Awani

Tags: PKPB
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026

PKPB: 7,000 taska dibenarkan untuk beroperasi bermula serta merta

3 June 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN