Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Unifi cuba tarik pelanggan yang berubah hati dengan tawaran serendah RM39/bulan?

Baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa Unifi menawarkan jalur lebar tetap serendah RM39/bulan kepada pelanggan terpilih. Tawaran ini tidak boleh ditemui di laman web TM tetapi ia dikongsikan di forum Lowyat.net yang menerima emel berkenaannya.

Dari tangkap layar yang dikonsikan, pelan Unifi 30Mbps ditawarkan dari serendah RM39/bulan, dengan penjimatan sehingga RM1,500. Manakala pelan 100Mbps ditawarkan dari RM79/bulan dan pelan 300Mbps pula bermula dari RM149/bulan.

Pelan ini dikatakan hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja dan tidak terbuka kepada semua. Di dalam emel tersebut juga ada dinyatakan berkenaan “come back” dan “we miss being the bridge that keeps you connected”. Ia seperti merujuk kepada kempen untuk mengekalkan pelanggan yang mahu menamatkan pelan Unifi mereka.

Seorang lagi ahli forum di Lowyat.net berkongsi satu lagi tangkap layar, yang menunjukkan senarai tawaran “Win Back“. Senarai itu menunjukkan, sesiapa yang menerima tawaran dengan pek Ultimate Unifi TV, akan mendapat diskaun sebanyak RM110 untuk 10 bulan pertama, diikuti diskaun RM50 bagi bulan ke 11 dan 12.

Tawaran di bawahnya nampak lebih menarik iaitu TV percuma. Jika pelanggan menerima tawaran TV percuma, mereka akan mendapat diskaun RM50 bagi 10 bulan pertama. Tawaran TV percuma ini dilihat serupa dengan yang dilaporkan di forum yang sama seminggu lebih awal.

Dari gambar promosi tersebut, ia menyatakan RM500 rebat yang dilihat bersamaan dengan diskaun RM50 untuk 10 bulan. Selain itu, pelanggan juga menerima TV percuma bernilai RM1,000.

Rakan kami di SoyaCincau telah menghubungi khidmat pelanggan Unifi. Mereka tidak menafikan adanya promosi ini tetapi mengatakan ia tidak diberikan kepada pelanggan baru. Apabila menghubungi khidmat pelanggan yang lain, mereka mengatakan ia adalah promosi lama. Malah mereka menyuruh untuk merujuk kepada laman web rasmi Unifi dan bukan di forum lain.

BACA  3 produk pintar di rumah Xiaomi tiba di Malaysia

Buat masa ini, promosi terbuka yang ditawarkan Unifi adalah percubaan percuma selama 30-hari untuk Unifi Home. Dalam promosi ini, pelanggan boleh membatalkan langganan dan memulangkan semula semua peralatan dalam masa 30-hari, tanpa dikenakan denda.

Jika anda ada menerima tawaran Unifi serendah RM39/bulan ini atau TV percuma, boleh kongsikannya bersama kami.

Sumber: Lowyat.net