Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sambungan Lightning semakin pupus, iPad baharu yang bakal tiba ini juga khabarnya dilengkapi USB-C

Kali pertama Apple mengguna pakai port USB-C pada tablet mereka ialah pada iPad Pro versi tahun 2018. Selepas itu, semua iPad Pro yang dilancarkan setakat ini menggunakan port USB-C untuk gantikan port Lightning. Rawatan yang sama nampaknya mula menular dalam iPad bukan Pro.

iPad Pro, tablet pertama Apple yang memanfaat USB-C

Daripada sumber yang boleh dipercayai, iPad Air generasi ke-4 yang katanya menemui pengguna pada separuh kedua 2020, turut akan menampilkan port USB-C. Anda juga boleh jangkakan bingkai paparan ala iPad Pro kerana model Air biasanya dibangunkan daripada kerangka iPad Pro dengan beberapa kekurangan untuk jadikan harganya kekal kompetetif.

iPad Mini 2020 khabarnya akan diperbesar kepada 8.5″

Sementara itu, model iPad Mini juga turut akan diperbesar berbanding sebelumnya. Pada model Mini 5 yang miliki paparan 7.9” bakal diperbesar kepada 8.5” namun begitu, ia masih mengekalkan sambungan lightning.

Penggunaan port USB-C bermakna lebih banyak aksesori boleh dipadankan pada iPad selagi sistem operasi iPadOS menyokongnya. Namun, melihat pada perangai Apple, sudah tentu akan ada “had” akan diletakkan di sana sini bagi melariskan produk MFi mereka.

Sementara itu, jangan lepaskan peluang dapatkan iPad Pro pada diskaun RM1,000.

Sumber: 9to5Mac

BACA  Pemilik iPhone 12 perlu beli kepala pengecas dan fon kepala berasingan