• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akaun percuma Zoom tiada penyulitan, terdedah kepada intipan pihak berkuasa

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:34 pm
  • 04/06/2020
  • Komen
Akaun percuma Zoom tiada penyulitan, terdedah kepada intipan pihak berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Zoom menyatakan bahawa pengguna akaun percuma tidak akan mendapat sekuriti penyulitan hujung ke hujung, ketika menggunakan perkhidmatan sidang video syarikat itu.

Hal ini berikutan, pihak Zoom mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa agar platform sidang videonya tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, dari melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pornografi kanak-kanak atau perbincangan berunsur jenayah dan pemberontakan. Memberikan sekuriti ini kepada pengguna akaun percuma hanya menyukarkan pihak berkuasa untuk membendung masalah ini..



Jurucakap Zoom turut memaklumkan bahawa, pihaknya tidak akan memantau aktiviti sidang video secara aktif mahupun berkongsi maklumat dengan orang lain. Pihaknya akan melapokan jika terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Zoom turut menegaskan bahawa, perkhidmatannya tidak mempunyai pintu belakang yang membenarkan orang luar memasuki sidang video sewenangnya. Pihaknya hanya mahu melindungi penguna yang mudah dieksploitasi seperti kanak-kanak dan yang berpotensi menjadi mangsa jenayah.



Pihaknya juga merancang untuk menyediakan sekuriti penyulitan hujung ke hujung kepada pengguna yang boleh dikenalpasti identitinya oleh pihak syarikat. Ia bermaksud, mereka yang mempunyai maklumat lengkap dengan akaun yang telah disahkan.

Berdasarkan laporan dari Reuters, Zoom juga berkemungkinan akan memberi pengecualian kepada pengguna daripada politik pembangkang atau badan bukan keuntungan yang memerlukan sekuriti taersebut.

Terdahulu Zoom telah mengumumkan supaya penggunanya menaiktaraf aplikasi tersebut kepada versi 5.0. Ia dimaklumkan mempunyai penambahbaikan terutama dari segi sekuriti.

Aplikasi yang mula mendapat perhatian pengguna dalam tempoh pandemik COVID-19 itu, turut terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Sumber: The Verge

Tags: zoom
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Akaun percuma Zoom tiada penyulitan, terdedah kepada intipan pihak berkuasa

Akaun percuma Zoom tiada penyulitan, terdedah kepada intipan pihak berkuasa

4 June 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN