• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Switch terima tukar gajet lama untuk beli iPhone baru lebih murah

  • OLEH Najib
  • 2:48 pm
  • 04/06/2020
  • Komen
Miliki iPhone 11 Sekarang Tanpa Perlu Tempahan, Ini Caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahu membeli produk Apple dengan lebih murah, anda boleh menukarnya dengan gajet lama anda di Switch Malaysia. Mereka kini menerima pelbagai jenis telefon pintar Apple dan Android, tablet serta jam tangan pintar untuk ditukar kepada pembelian produk di kedai mereka pada harga lebih murah.

Antara model lama iPhone yang diterima adalah seperti iPhone 6 16GB dengan harga sehingga RM185, iPhone 6S 16GB sehingga RM225 serta iphone 7 128GB sehingg RM460. iPhone baru seperti XS Max dan 11 Pro Max juga diterima untuk ditukar tebus.



Switch turut menyenaraikan beberapa telefon Android dalam program tukar beli ini, seperti Samsung Galaxy A3 16GB (2015) sehingga RM75, Galaxy S6 32GB sehingga RM105, Huawei Mate 9 sehingga RM190, Oppo F5 sehingga RM205, serta model dari Xiaomi seperti Redmi Note 4 sehingga RM115 dan Pocophone F1 64GB sehingga RM350. Jika telefon anda tiada dalam senarai, jangan risau. Hanya bawa ke Switch untuk dianggar harganya.

Pelbagai model iPad, iPad Air, iPad Mini dan iPad Pro juga boleh ditukar beli di Switch. Mereka turut menerima jam pintar Apple Watch dalam program tukar beli ini.



Harga yang disenaraikan bukanlah muktamad, ia bergantung kepada keadaan peranti tersebut. Semakin kurang masalah dan cacat-celanya, semakin tinggi harganya. Peranti yang mahu ditukar akan diperiksa terlebih dahulu sebelum diberikan harga.

Peranti dengan skrin retak juga diterima, asalkan peranti tersebut boleh dihidupkan kuasanya. Selain itu, pelanggan juga perlu memastikan fungsi kunci di peranti seperti Find My iPhone dan Google ID dimatikan dahulu sebelum dibawa. Kotak dan kabel produk tidak perlu dibawa, cukup hanya iPhone diberikan.

Switch menyatakan, program tukar beli ini membolehkan pembeli membeli pelbagai produk di kedai mereka dengan harga ditolak dari peranti lama mereka. Produk yang boleh dibeli adalah seperti iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, Beat serta aksesori.

Maklumat lanjut tentang program tukar beli Switch ini boleh dirujuk di laman web Switch Trade-In. Anda juga boleh ke cawangan Switch berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Tags: appleiphoneSwitch
Najib

Najib

POPULAR

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

Harga rasmi iPhone 14, iPhone 13 dan iPhone SE kini lebih murah di Malaysia

13 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER