• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 245 Music edisi Jepun terhad kepada 100 unit di Malaysia

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:21 pm
  • 05/06/2020
  • Komen
Garmin Forerunner 245 Music edisi Jepun terhad kepada 100 unit di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin melancarkan  jam tangan pintar Forerunner 245 Music edisi Jepun yang kini boleh didiapati dipasaran Malaysia. Terhad kepada 100 unit sahaja, ia dijual pada tanda harga RM 1,799.

Edisi Jepun ini menampilkan warna tersendiri yang diinspirasikan daripada benderanya. Pilihan warna tersebut menterjemah nilai estetik dari negara matahari terbit itu. Garmin meningkatkan nilai eksklusif jam tangan pintar ini dengan ukiran nombor siri di bahagian belakang kerangka.



Warna tali jam Forerunner 245 Music edisi Jepun menjadikan ia lebih menonjol dengan paduan rona merah dan putih. Ia mempunyai paparan jam gabungan Gunung Fuji dan cakera matahari bendera Jepun. Turut menarik perhatian ialah gancu dan butang logam berwarna emas.

Berdasarkan spesifikasi, Forerunner 245 Music edisi Jepun masih kekal seperti versi biasa. Ia termasuk ciri pemantauan prestasi VO2 Max yang mengukur data pengambilan oksigen oleh pemakai ketika beraktiviti. Ia diukur oleh sensor Pulse OX.



Jam tangan pintar ini juga boleh mengesan lokasi, menjejak kelajuan dan jarak perjalanan pemakai menerusi sistem keselamatan dan penjejakan (GPS) serta kemampuan strim muzik selama 6 jam. Baterinya juga boleh bertahan sehingga 7 hari penggunaan biasa.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Forerunner 245 Music edisi Jepun, anda boleh ke ibu pejabat atau kedai jualan Garmin di lokasi berikut:

  1. Ibu pejabat GARMIN: (AECO Technologies), 43, Jalan Jejaka 2, Taman Maluri, Cheras
  2. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
  3. Digital Mall, Petaling Jaya
  4. 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  5. Jalan Lagenda, Melaka 
  6. Queensbay, Pulau Pinang
  7. Juru Autocity, Pulau Pinang
  8. Bukit Indah, Johor
  9. Mid Valley Southkey, Johor
  10. Kuantan East Coast Mall, Pahang
  11. Kuching Vivacity Megamall, Sarawak (GARMIN Premium Reseller)

Untuk maklumat lanjut, orang rami boleh ke laman web Garmin di pautan ini, atau media sosial rasmi seperti berikut:

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Tags: garmingarmin forerunner 245 musicgarmin forerunner 245 music edisi jepun
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 245 Music edisi Jepun terhad kepada 100 unit di Malaysia

Garmin Forerunner 245 Music edisi Jepun terhad kepada 100 unit di Malaysia

5 June 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER