• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jarak sosial dan makan dalam kelas, SOP norma baharu pelajar sekolah

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:30 pm
  • 05/06/2020
  • Komen
Jarak sosial dan makan dalam kelas, SOP norma baharu pelajar sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan pengeluaran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah kini sudah mula melaksanakan persediaan untuk menjalani norma baharu sebelum sesi persekolahan dibuka semula.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, garis panduan setebal 34 muka surat itu, telah diperincikan dan mengambil kira aspek keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah.



Ia telah dihasilkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Garis panduan ini telah diedarkan kepada pihak sekolah dan boleh dimuat turun di laman web KPM.

Antara norma baharu yang digariskan adalah:



  • Pemeriksaan suhu badan pelajar sebelum memasuki kawasan sekolah
  • Penjarakan sosial di kelas, bilik guru dan asrama
  • Makan di dalam kelas semasa waktu rehat

Pemeriksaan suhu badan

Setiap sekolah perlu menjalankan saringan pemeriksaan suhu di pintu masuk. Saringan ini akan dilakukan oleh pengawal keselamatan atau guru bertugas.

Bagi pelajar yang ke sekolah dengan berbasikal atau berjalan kaki, mereka akan disuruh berehat terlebih dahulu sebelum pemeriksaan suhu dijalankan.

Sekiranya terdapat pelajar yang menunjukkan gejala jangkitan, mereka perlu diasingkan di bilik isolasi sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak sekolah. 

Penjarakan sosial

Kedudukan pelajar di dalam kelas akan disusun dengan jarak satu meter antara satu sama lain. Sekiranya jumlah pelajar melebihi kapasiti meja yang disediakan, mereka akan ditempatkan di kelas lain. Begitu juga kedudukan pelajar di dalam makmal dan bengkel.

Di asrama, kedudukan katil mereka akan dijarakkan 1 meter termasuk kedudukan di dewan makan. Laluan pelajar juga akan ditandakan bagi mengelakkan pertembungan berlaku.

Susunan guru di bilik guru akan ditetapkan pada jarak sama dan sekiranya jumlah meja tidak mencukupi, mereka akan ditempatkan di bilik lain yang bersesuaian seperti pusat sumber.

Makan di dalam kelas

Waktu rehat adalah masa yang paling membimbangkan. Bagi mengelak pelajar berkerumun di kantin, mereka akan menjalankan waktu tersebut dengan makan di dalam kelas.

Waktu rehat dan pergerakan pelajar akan disusun secara berperingkat bagi memberi ruang kepada mereka untuk membeli makanan di kantin. Pihak kantin akan menjual makanan yang siap dibungkus sahaja.

Selain tiga perkara yang dinyatakan, garis panduan berkenaan turut menitikberatkan penyediaan pensanitasi tangan dan topeng muka untuk kegunaan pelajar dan guru di kawasan sekolah.

Pihak KPM juga akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap pelaksanaan garis panduan ini, semasa sesi persekolahan bermula kelak. Sebarang penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Sumber: Bernama

Tags: COVID-19kementerian pendidikan malaysiaPKPBsekolah
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Jarak sosial dan makan dalam kelas, SOP norma baharu pelajar sekolah

Jarak sosial dan makan dalam kelas, SOP norma baharu pelajar sekolah

5 June 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER