• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PENJANA: 1GB percuma untuk semua hingga hujung tahun

  • OLEH Najib
  • 4:23 pm
  • 05/06/2020
  • Komen
PENJANA: 1GB percuma untuk semua hingga hujung tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia boleh terus menikmati internet percuma sehingga hujung tahun ini apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin mengumumkannya sebagai sebahagian dari 40 inisiatif kerajaan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, dipanggil sebagai PENJANA. Bagaimanapun, 1GB percuma ini tidak serupa seperti dahulu.

Sebanyak 6 syarikat telekomunikasi telah mengumumkan komitmen mereka untuk menyahut seruan kerajaan ini iaitu Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”), U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”), YTL Communications (“YTLC”) dan Telekom Malaysia Berhad (“TM”) menerusi Unifi. Tawaran terbaru di bawah PENJANA ini akan diberikan sehingga 31 Disember 2020.



Internet percuma harian sebanyak 1GB ini boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, tetapi dinyatakan untuk kegunaan pendidikan dan perkhidmatan berkaitan produktiviti. Antara yang dinyatakan ialah platform pembelajaran atas talian seperti Classruum, Udemy dan SunagoLearn. Manakala akses ke Microsof 365 dan persidangan video Zoom adalah tanpa had.

Seperti sebelunmnya, akses ke aplikasi berkaitan kerajaan dan kesihatan kekal diberikan percuma tanpa had. Antaranya untuk menggunakan aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace. Selain itu, akses ke portal berita utama negara juga akan dibuka percuma.



Panggilan ke talian penting dan kecemasan juga akan terus diberikan percuma seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Pusat Respon dan Persediaan Krisis (CPRC) serta hospital.

Kerajaan akan meneruskan juga pengumuman berkaitan kesihatan, kecemasan dan kepentingan awam menerusi SMS harian.

Pengumuman yang dinyatakan di atas adalah secara umum. Setiap syarikat telekomunikasi akan mengeluarkan pengumuman sendiri tentang bagaimana bentuk inisiatif dan data percuma akan diberikan kepada pelanggan. Kita pasti akan mengetahuinya sebelum 9 Jun iaitu tarikh akhir tawaran yang diberikan sekarang.

Tags: celcomdigiInternet PercumamaxisPENJANAu mobileyes 4g
Najib

Najib

POPULAR

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
PENJANA: 1GB percuma untuk semua hingga hujung tahun

PENJANA: 1GB percuma untuk semua hingga hujung tahun

5 Jun 2020
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

12 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER