Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Perbandingan pelan Internet tanpa had Hotlink vs. U Mobile vs. Yes 4G

Hotlink memang betul-betul telah wujudkan norma baru dalam penawaran mereka. Memang sangat jarang anda rasai Internet tanpa had di Hotlink. Tapi dalam musim PKP ini, mereka telah kemas kini produk prabayar mereka untuk berikan pengguna lebih nilai tambah.

Anda boleh tonton video sepuasnya tanpa hiraukan kuota Internet dengan pas bulanan serendah RM35. Tapi anda jangan tak tahu, YES 4G pun ada lancarkan pelan tanpa had mereka iaitu Konfem Unlimited.

Kedua-dua telco ini dilihat ingin mencabar produk U Mobile siri GX.

Daripada sudut pek permulaan, tiada perubahan boleh dilihat pada sudut pek permulaan Hotlink, Yes 4G, dan U Mobile. Jadi artikel kami tentang pek permulaan prabayar tempoh hari masih terpakai dan boleh dirujuk di sini.

Perbandingan pelan mengikut komitment bulanan terendah ke tertinggi

Analisis

Setelah sekian lama U Mobile selesa dengan penawaran jenis value-for-money, kini kedudukannya akan dicabar Hotlink dan Yes 4G. Penawaran kedua-dua telco ini nampaknya mensasarkan terus kepada pelan siri GX U Mobile kerana kelajuan dan komitmen bulanannya hampir sama.

Jika di U Mobile ada GX30 dan GX38, Hotlink ada pas RM35 dan RM45 sementara di Yes 4G ada pas RM30 dan RM40. Kelajuan 3Mbps dan 6Mbps adalah standard untuk semua penawaran kecuali Yes 4G pelan Komfem Unlimited HD Epik yang tawarkan 4Mbps.

Dalam T&C U Mobile ada nyatakan yang pelan GX38 berikan anda kualiti strim sehingga resolusi Stantard Definiton (SD). Di pihak Hotlink tidak dinyatakan sedemikian dan begitu juga Yes 4G walaupun dalam nama pasnya, ada perkataan HD.

Saya tak rasakan ini satu isu kerana sepatutnya perkhidmatan diberikan secara best effort kerana had kelajuan sudahpun ditetapkan dan jika pengguna pilih untuk layani kandungan HD, mereka sepatutnya jangkakan buffering akan berlaku.

BACA  PKM: Jangan terpedaya dengan baucar KFC percuma di Facebook

Jika bercakap berkenaan panggilan suara, hanya pelan Hotlink berikan panggilan tanpa had sebaliknya di U Mobile, anda perlu menanggung kadar panggilan biasa manakala panggilan percuma di Yes 4G hanya untuk sesama rangkaian.

Ia menjelaskan kenapa pas Internet tanpa had Hotlink beberapa ringgit lebih mahal berbanding pesaingnya dan perbezaan itu saya rasakan berbaloi.

Pada sudut Internet, penawaran antara semua telco adalah setara dan pembolehubah terakhir yang pasti akan jadi faktor penentu produk mana yang akan dipilih pengguna adalah liputan.

U Mobile memang terkenal dengan penawaran value-for-money namun, rata-rata komen pengguna yang saya temui merungut tentang liputan. Tapi di Hotlink, anda mungkin tak perlu risau kerana menurut laporan prestasi yang dikeluarkan SKMM, Maxis mencatatkan keputusan yang cemerlang.

Yes 4G miliki masalahnya yang tersendiri. Sejak sekian lama, saya menyimpulkan servis Yes 4G LTE sebagai “4G atau GG” kerana mereka cuma beroperasi pada rangkaian LTE dan jika terkeluar daripada liputan, anda tak boleh gunakan servis mereka langsung.

Lebih parah, YES 4G tak menyokong sebarang produk Apple seperti iPhone mahupun iPad.

Apa pendapat anda tentang perbandingan ini? Layari laman rasmi Hotlink, Yes 4G, dan U Mobile untuk maklumat lanjut.