• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Xiaomi akan dipasang kamera 108MP HM2 dengan zum 120x

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:56 pm
  • 06/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi dilaporkan bakal menampilkan telefon baharu yang dilengkapi kamera 108MP dan berupaya untuk zum digital sehingga 120X.

Perkara tersebut didedahkan oleh laman web Xiaomishka, yang turut menyatakan bahawa kod nama untuk model berkenaan adalah “CAS”. Telefon baru Xiaomi ini dijangka bakal menjadi sebahagian dari siri Mi CC 10.



Mi CC9 atau Mi Note 10

Dalam pendedahan tersebut, difahamkan Xiaomi sedang membangunkan telefon baharunya sejak awal tahun ini, Kamera zum tersebut akan menggunakan teknologi periskop, yang membolehkan lensanya ditetapkan dalam aturan yang lebih lebar. Ini bagi merealisasikan keupayaan zum 12X secara optikal  untuk sensor 108MP itu.

Kemungkinan zum 120X ini akan menjadi modal jualan buat Xiaomi, sepertimana Samsung mengetengahkan zum angkasa 100X di peranti terbaharunya.



Kali ini, Xiaomi tidak lagi menggunakan sensor Samsung HMX untuk Mi CC10. Sebaliknya ia akan dilengkapi sensor CMOS baharu dengan kod nama HM2.

Varian Mi CC 10 dilaporkan akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 775G yang menyokong rangkaian 5G dan NFC. Ia dijangka bakal diumumkan pada Julai 2020.

Mi CC9 telah dilancarkan di peringkat antarabangsa menggunakan nama Mi Note 10. Jika Mi CC10 dilancarkan di China, Xiaomi mungkin akan menggunakan nama Mi Note juga untuk pasaran global, tetapi adakah ia menjadi Mi Note 11 atau Mi Note 20?

Sumber: GSM Arena

Tags: mi cc 10xiaomi
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Telefon Xiaomi akan dipasang kamera 108MP HM2 dengan zum 120x

6 June 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN