• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PENJANA: RM50 e-Wallet akan diberi selepas muat turun aplikasi MySejahtera

  • OLEH Najib
  • 5:15 pm
  • 08/06/2020
  • Komen
PENJANA: RM50 e-Wallet akan diberi selepas muat turun aplikasi MySejahtera
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu bantuan yang diumumkan Perdana Menteri dalam PENJANA yang akan dinikmati golongan B40 dan M40, adalah pemberian RM50 yang akan dkreditkan terus ke dalam akaun eWallet menerusi ePenjana. Penyedia e-Wallet akan turut memberikan tambahan RM50 dalam bentuk baucar, pulangan tunai, serta diskaun. Ia akan diberikan pada bulan Julai tetapi proses pemberiannya masih belum dijelaskan.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato Seri Ismail Sabri menyatakan, pemberian RM50 ke dalam e-Wallet akan diberikan selepas pengguna memuat turun aplikasi MySejahtera. Saranan ini akan menggalakkan lebih ramai orang untuk memuat turun dan memakai aplikasi tersebut.



Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet, muat turun aplikasi MySejahtera – Ismail Sabri#PerintahKawalanPergerakan#dudukrumah#stayathome#PrihatinRakyat#NoOneLeftBehind#Covid19#kitateguhkitamenang pic.twitter.com/eKArLoc1Hh

— BERNAMA (@bernamadotcom) June 8, 2020

“Aplikasi ini juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat, dan berkesan untuk mengenal pasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat. Seperti yang diumumkan oleh perdana menteri Muhyiddin dalam perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun applikasi MySejahtera. Ini bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun dan menggunakan app MySejahtera ini,” kata beliau pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Program ePenjana menelan belanja sebanyak RM750 juta dan akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.



Aplikasi MySejahtera adalah salah satu perisian yang dibangunkan kerajaan yang memberikan maklumat terbaru mengenai COVID-19, di samping dapat digunakan untuk mengimbas kod QR dan daftar masuk ke premis perniagaan, sebagai pengganti mengisi maklumat peribadi secara manual.

Sumber: MalaysiaKini

Tags: epenjanamysejahteraPENJANA
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
PENJANA: RM50 e-Wallet akan diberi selepas muat turun aplikasi MySejahtera

PENJANA: RM50 e-Wallet akan diberi selepas muat turun aplikasi MySejahtera

8 June 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN