Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PENJANA: RM50 akan dikredit masuk dalam e-Wallet anda

Dalam inisiatif Penjana yang diumumkan PM Muhyiddin, kerajaan memperuntukkan RM750 juta dalam Program ePenjana. Melalui program tersebut, RM50 akan dikreditkan kedalam e-Wallet terpilih dan pada masa yang sama, padanan RM50 tambahan akan diberikan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, serta diskaun.

PM juga memberitahu yang program ini akan bermula Julai 2020 dan akan memanfaatkan 15 juta pengguna Malaysia.

Inisiatif ini saling tak tumpah seperti program e-Tunai Rakyat yang rakyat tebus bermula 15 Januari 2020 yang lalu. Ketika itu, tiga penyedia e-Wallet terkemuka iaitu Boost, Touch ‘n Go eWallet dan GrabPay menjadi saluran kerajaan menyalurkan e-Tunai Rakyat.

Sekiranya mekanisme yang sama digunakan pada ePenjana, anda boleh jangkakan perkara seperti:

  • penerima mestilah berumur lebih 18 tahun dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100 ribu.
  • akan ada tarikh luput untuk gunakan RM50 tersebut atau ia akan ditarik keluar dairpada akaun anda.
  • fungsi perpindahan wang akan dimatikan sementara waktu sehinggalah program selesai.
  • para penyedia e-Wallet akan berlumba-lumba memancing pengguna baharu untuk tebus ePenjana menerusi perkhidmatan mereka sehinggakan ada tawaran yang mengelirukan.
BACA  Kaspersky beri amaran yang Google Analytics diguna hacker untuk curi butiran kad kredit