• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xpax pun ada pelan internet tanpa had dari RM35 sebulan?

  • OLEH Najib
  • 9:52 am
  • 09/06/2020
  • Komen
Xpax pun ada pelan internet tanpa had dari RM35 sebulan?
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Hotlink telah melancarkan pelan internet tanpa had dari RM35/bulan yang menyekat kelajuan kepada 3Mbps. Pelan ini serupa dengan tawaran U Mobile GX30.

Kini Celcom pula dilihat akan memperkenalkan pelan yang hampir serupa apabila ada pengguna Xpax, menemuinya ditawarkan dalam bahagian langganan. Selain pelan bulanan RM35, ia juga ditawarkan secara mingguan berharga RM12.



Di dalam pelan bulanan RM35 ini, ia menyatakan internet tanpa had ini disekat kelajuannya kepada 3Mbps dan disertakan bersama hotspot sebanyak 3GB, juga dengan kelajuan disekat 3Mbps. Selain itu, pelan ini juga menyertakan panggilan tanpa had ke semua talian.

Walaupun telah terdapat di dalam aplikasi, laman web Celcom serta media sosialnya masih belum berkata apa-apa tentang ini. Kami juga cuba mencari maklumat lanjut tentangnya seperti terma dan syarat, tetapi masih tiada.



Penting untuk kita mendalami tawaran Celcom ini kerana Maxis semasa mengumumkan pelan Hotlink Unlimited, tidak menyatakan bahawa pelan itu ada kuota Polisi Pengunaan Saksama (FUP), yang menyekat kelajuan pengguna kepada 512Kbps selepas mencapai kuota 5GB/hari, 15GB/minggu atau 50GB/bulan.

Perlu diambil perhatian, pasti ada FUP yang akan dikenakan Celcom terdapat pelan tanpa had Xpax ini tetapi berapakah? Secara teknikal, ia masih pelan internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps yang kemudiannya mungkin diturun kepada kelajuan lebih rendah, tetapi pengguna masih dapat terus berhubung ke internet. Adakah langkah ini masih akan dibenarkan kerajaan?

Pelan internet tanpa had Xpax ini pasti akan diumumkan Celcom tidak lama lagi. Kita nantikan apakah yang akan ditetapkan Celcom di dalam terma dan syaratnya.

Sumber: Xavier Naxa

Tags: celcomxpax
Najib

Najib

POPULAR

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Xpax pun ada pelan internet tanpa had dari RM35 sebulan?

Xpax pun ada pelan internet tanpa had dari RM35 sebulan?

9 Jun 2020
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

12 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER