Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengguna RFID di Jambatan Pulau Pinang akan nikmati diskaun 20% bulan depan

Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada pengguna kereta persendirian di Jambatan Pulau Pinang yang membayar tol dengan menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bermula pertengahan Julai 2020.

Menurut Pengurus Perniagaan Wilayah Utara PLUS Malaysia Berhad, Wan Ahmad Awang, diskaun berkenaan hanya akan dinikmati oleh pemilik kad Touch ‘n Go yang menerima diskaun khas dan merupakan penduduk serta warga kerja di Pulau Pinang. Permohonan untuk mendapatkan diskaun berkenaan boleh dilakukan bermula bulan hadapan.

Dengan diskaun 20%, pengguna hanya membayar tol pada kadar RM 4.59 berbanding RM5.74 kadar biasa untuk kategori kenderaan persendirian.

Jelas beliau, pemberian diskaun tersebut merangkumi 80% yang merupakan pengguna kenderaan persendirian di Jambatan Pulau Pinang.

Ia merupakan usaha pihak PLUS untuk membendung penularan wabak COVID-19 sekaligus mengurangkan interaksi pengguna dengan juru tol. Penggunaan RFID juga boleh menambah nilai secara dalam talian melalui eWallet Touch ‘n Go.

Buat masa ini belum ada perincian lanjut berhubung kaedah untuk memohon diskaun berkenaan. Pengumuman berhubung perkara itu akan dilakukan pihak PLUS dalam masa terdekat.

Bagi mereka yang ingin membeli dan memasang sendiri pelekat RFID, anda boleh mendapatkannya menerusi stor dalam talian, Shopee dan Lazada.

Cara pemasangan adalah seperti berikut:

  1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  2. Buka pelekat dan tampalkan
  3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  5. TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Sementara itu, Wan Ahmad menambah, laluan Hutan Kampung-Sungai Dua akan turut menggunakan sistem kutipan tol RFID, yang akan dilaksanakan pada pertengahan Julai 2020. Tiada diskaun 20% ditawarkan di laluan itu.

BACA  Bantuan RM50 e-wallet akan diberikan pada hujung bulan Julai

Sumber: Malay Mail